Peminat Real Madrid Kutuk Alaba Kerana Undi Messi Berbanding Benzema

Nama David Alaba menjadi trending tiba tiba selepas anugera FIFA Best 2022. Bukan kerana dia pemenang tetapi kerana undiannya.

Di mana pemain itu dilaporkan telah mengundi Lionel Messi di atas Karim Benzema untuk Anugerah Pemain Terbaik FIFA Best.

Perkara itu diakui David Alaba sendiri. Dan dia ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Media sosial David Alaba telah diserang peminat Real Madrid yang meminta pemain itu membuat penjelasan di sebalik undian yang dia buat.

Lionel Messi menewaskan Karim Benzema untuk membawa pulang Anugerah Pemain Terbaik FIFA Best 2022.

Benzema yang merupakan pemenang Ballon d’Or 2022 terpaksa akur dengan kehebatan Messi di mata pengundi.

Seorang lagi pemain yang tewas di tangan Messi ialah Kylian Mbappe.

Messi menang selepas membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022 dan juga membantu PSG memenangi aksi domestik musim lalu.

Ianya adalah kisah yang melengkapkan kejayaan Messi.

Namun bagi Alaba, kisah kemenangan Messi itu membuatkannya tidak senang duduk kerana dia mengundi Messi sebagai pilihan utama. Alaba merupakan kapten kebangsaan Austria dan dia memiliki hak mengundi.

Peminat Real Madrid melancarkan kempen #AlabaOut kerana tidak dapat menerima pemain itu mengundi pemain yang sinonim dengan kelab musuh mereka Barcelona, Lionel Messi.

Mereka mempersoalkan kesetiaan Alaba kepada Real Madrid dan rakan sepasukannya.

Malah ada yang melemparkan kata kata kesat ke atas pemain itu kerana undiannya.

Alaba kemudian tampil dengan penjelasan. Dia mengakui dia mengundi Messi sebagai pilihan utama. Namun undiannya adalah mewakili suara pasukan kebangsaan Austria.

Alaba menulis di Twitter: “Merujuk kepada Anugerah FIFA Best: Pasukan kebangsaan Austria mengundi sebagai satu pasukan, bukannya undian saya seorang.”

“Semua orang dalam jawatankuasa pasukan boleh mengundi, dan begitulah caranya ia ditentukan.”

“Semua orang tahu, termasuk Karim, betapa saya mengagumi beliau dan prestasinya. Dan saya seringkali berkata, bagi saya, dia adalah penyerang terbaik di dunia, dan ianya masih begitu. Tiada keraguan.”

Namun masih ramai yang tidak dapat menerima penjelasan itu.

Baca yang lain