Rennes meraikan gol penyamaan minit akhir masa kecederaan yang ternyata cuma harapan palsu. Ini selepas VAR membatalkan gol tersebut.
Rennes berpeluang untuk merampas kedua teratas peringkat kumpulan F jika seri menentang Villarreal dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
Perlawanan antara Rennes dengan Villarreal berlangsung sangat sengit. Gerard Moreno meletakkan Villarreal di hadapan pada minit ke-36 menerusi sepakan penalti.
Namun gol itu disamakan oleh Lorenz Assingnon hanya seminit kemudian.
Pada separuh masa kedua, Illias Akromach meletakkan Villarreal sekali lagi di hadapan pada minit ke-62. Rennes sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi Ludovic Blas.
Villarreal mendahului buat kali ketiga dalam perlawanan ini menerusi bintangnya, Dani Parejo pada minit ke-80.
Dan Rennes menyamakan kedudukan pada masa kecederaan ke-90+11. Menerusi Lorenz Assginon yang melakukan rebound daripada sepakan percuma.
Pemain pemain Rennes meraikan gol itu dengan girang kerana itu adalah dianggap peluang terakhir mereka dalam perlawanan tersebut.
Namun gol itu dibatalkan oleh VAR. Ini kerana bola sepakan percuma itu telah melantun dari tiang gol. Dengan pemain pertama menyambutnya adalah pemain yang melakukan sepakan percuma tersebut iaitu Enzo Le Fee.
Pemain pemain dan penyokong Rennes membantah pembatalan gol itu. Mereka kehairanan kenapa gol itu dibatalkan kerana tiada ofsaid atau kekasaran.
Dalam peraturan permainan IFAB: “Bola harus tidka bergerak dan penyepak bola harus tidak menyentuh bola itu sekali lagi sebelum pemain lain.”
“Jika, selepas bola dimainkan semula, penyepak bola menyentuh bola sebelum pemain lain menyentuh bola tersebut, maka sepakan percuma tidak langsung diberikan.”
Not many people are aware of this rule that overturned the Rennes goal. The same player who takes the free kick touches the ball again after it hit the post. The kicker cannot touch the ball twice until the ball touches another player.
Dramatic for Rennes but good call from VAR. https://t.co/QHIVeD3YcK pic.twitter.com/KuZemvmvUS
— Çetin Cem Yılmaz (@cetincem) December 14, 2023
Jelas sekali ianya situasi malang buat Rennes namun pengadil membuat keputusan tepat. Kerana bola itu melantun dari palang gol dan sampai ke kaki penyepak bola.
Lorenz Assinon menyatakan semua 22 pemain di dalam padang tidak mengerti peraturan tersebut. Komen itu mendapat reaksi daripada peminat, yang menyindir: “‘Pemain profesional'”
Lorenz Assignon : « Les 22 acteurs sur le terrain n’ont pas compris… » #SRFC pic.twitter.com/9yv5M2T0AW
— Clément Gavard (@Clem_Gavv) December 14, 2023
Seorang peminat Rennes mempertahankan Assignon berkata: “Saya pun baru tahu peraturan seperti ini wujud.”
Seorang lagi menulis: “Bayangkan bola itu dibiarkan olen penyepak sepakan percuma itu dan mereka menyerang ke arah gol kita dan gol. Peraturan ini pelik dan bodoh.”
Yang lagi pula berkata: “Kita sebenarnya tidak ada wang nak membayar pengadil, tu je.”
Saksikan detik itu di sini: