Peminat Roda JC masuk ke dalam padang ketika pasukan mereka menang ke atas Cambuur dalam aksi Divisyen 2 Liga Belanda / Eerste Divisie.
Mereka memikirkan bahawa kemenangan 2-0 itu sudah cukup membawa mereka naik ke Eredivisie musim hadapan. Ketika mereka masuk ke padang, Groningen sedang ketinggalan di belakang Telstar.
Tempat pertama dan kedua dalam Eerste akan layak ke liga utama musim hadapan.
Jika Roda menang pada aksi kedua terakhir itu dan Groningen pula kalah bermakna Roda layak secara automatik ke liga utama.
Peminat sudah masuk ke padang sebelum wisel dibunyikan lagi. Kerana juruhebah dalam stadium tersilap umum bahawa Telstar mencetak gol kedua.
Lebih parah ketika peminat mereka sudah girang meraikan promosi, rupa rupanya Groningen mencetak gol pada masa kecederaan minit ke-90+5 untuk menafikan kelayakan Roda ke Eredivisie sebelum hari terakhir.
Keadaan benar benar huru hara di atas padang. Dengan penyokong sudah meraikan dengan girang promosi ke liga utama.
Krankzinnige taferelen: Roda-fans denken dat promotie binnen is en bestormen veld, maar dan blijkt de stadionspeaker een foutje te hebben gemaakt… 🫢#rodcam pic.twitter.com/BmDfhU01gU
— ESPN NL (@ESPNnl) May 3, 2024
Tahukah anda apa yang lebih menarik?
Hari terakhir Eerste musim ini akan mempertemukan kedua dua pasukan. Dan aksi tersebut akan dilangsungkan di markas Groningen.
Jika Groningen menang, mereka akan mara berdasarkan kelebihan pada perbezaan jaringan.
Jika Roda JC gagal mara ke Eredevisie, makan footage peminat mereka masuk ke padang itu pasti akan menjadi bahan jenaka peminat Groningen sampai bila bila.