Aquaman terbukti sebagai filem solo DC yang paling berjaya, jangkaan tinggi untuk sekuel lakonan Jason Mamoa itu sudah pasti.
Keterujaan untuk Aquaman and the Lost Kingdom malangnya telah dicemari oleh reputasi Amber Heard yang membawa watak Mera.
Ini kerana aktres itu kini berada di barisan hadapan dalam skandal Hollywood berikutan perbicaraan kes fitnahnya terhadap bekas suaminya Johnny Depp. Dia kalah dalam kes tersebut.
Setelah menuduh bekas suaminya melakukan penderaan rumah tangga, mahkamah mendapati dakwaan Heard adalah palsu dan memberikan pampasan kepada Depp kerana memfitnah.
Selepas tamatnya perbicaraan, ramai yang semakin tidak sabar untuk melihat langkah seterusnya Warner Bros. Ini kerana sebelum ini Johnny Depp banyak kehilangan projek termasuk Fantastic Beasts dan juga Pirates of The Carribean.
Kerana kes tersebut, Johnny Depp mendakwa dia kerugian ratusan juta. Di mana dia kehilangan projek dan tajaan.
Depp tells court ex-wife attacked him on night he learned he'd lost $650 million https://t.co/CGztKtmtyW pic.twitter.com/iw2TxxvtdW
— Reuters (@Reuters) July 13, 2020
Salah satu daripada syarikat yang memecat Depp adalah Warner Bros yang merupakan penerbit Aquaman. Di mana wataknya dalam Fantastic Beasts ditamatkan serta merta walaupun dia berjasa menaikkan nama siri tersebut.
Lantas, peminat kini mahukan kepastian.
Adakah Warner Bros dan DC sedia menggantikan Heard sebagai Mera, seperti yang diakukan oleh Warner Bros sebelum ini kepada peranan Depp sebagai Grindlewald dalam francais Fantastic Beasts.
Laporan melaporkan bahawa Amber Heard telah dibuang daripada projek Aquaman And The Lost Kingdom selepas satu perbincangan dibuat.
Laporan yang sama juga mendedahkan bahawa Warner Bros. telah mengadakan perbincangan tentang siapakah pelakon pengganti Heard dalam sekuel Aquaman 2 jika pelakon itu dibuang.
Malangnya laporan itu dikatakan tidak tepat.
Warner Bros. malah dikatakan mungkin akan memberikan masa skrin kepada Mera yang dipegang Heard selama 20-25 minit.
Sumber tersebut menyatakan bahawa, Mera yang dibawakan oleh Heard akan memainkan watak kecil dan bukannya disingkirkan secara terus.
Spekulasi itu tidak menggembirakan peminat yang mendesak agar DC menggantikan Heard dengan pelakon baharu kemudian merakam semula filem tersebut. Atau membuang terus watak Mera daripada filem sekuel itu.
Sudah terdengar ramai yang mahu memboikot filem tersebut sekiranya Heard masih ada muncul dalam filem itu.
Amber Heard Not Fired From ‘Aquaman 2,’ Despite Viral Report https://t.co/76mNwbhTin
— Variety (@Variety) June 14, 2022
Sumber The Insider juga menyatakan bahawa laporan Amber Heard dibuang dari projek Aquaman 2 adalah tidak tepat.
"The rumor mill continues as it has from day one — inaccurate, insensitive, and slightly insane," — Reached out to spokespersons for Amber Heard regarding a report about her being "recast" in #Aquaman2. A Heard spokesperson told me the report was "false."https://t.co/gD8KwcVQFH
— Kirsten (@KirstenAcuna) June 14, 2022