Peminat Taylor Swift Hijack Undian Untuk Pastikan Jude Bellingham Jauh Tinggalkan Balde

Anugerah Golden Boy antara anugerah paling berprestij mengiktiraf bakat muda di Eropah. Ianya diberikan kepada pemain terbaik B-21.

Pemenang akan ditentukan oleh panel wartawan sukan daripada pelbagai media sukan di seluruh dunia. Namun penyokong juga memainkan peranan mereka dalam anugerah ini.

Tahun ini berlaku satu aktiviti hijack atau swing undi dibuat oleh peminat Taylor Swift – fandom digelar Swifties – untuk membantu Jude Bellingham.

Kenapa?

Jude Bellingham bersaing dengan pemain Barcelona Alejandro Balde untuk anugerah itu.

Dan Balde awalnya menjadi pendahulu dalam carta undian. Namun tiba tiba undian itu telah dikuasai Jude Bellingham.

Ianya kerana kempen dibuat oleh Swifties. Yang menyeru kesemua peminat Taylor Swift mengundi Jude Bellingham.

Taylor Swift antara artis paling berpengaruh di dunia pada masa kini.

Kenapa Swifties mahu mensabotaj Alejandro Balde?

Ianya gara gara pemain itu dikatakan telah memperlekehkan lagu dan karya Taylor Swift.

Dalam satu wawancara dengan Mundo Deportivo, Alejandro Balde ditanya sama ada dia meminati Taylor Swift yang menjadi fenomena kerana jelajah dunia dibuatnya.

Pemain muda itu menjawab: “Tak minat, saya tak suka dengan muzik dia.”

Akaun peminat Taylor Swift berkongsi video itu dan menyeru agar kesemua Swifties gunakan kuasa mengundi mereka untuk menghijack undian daripada Alejandro Balde.

Swifties mulai membanjiri tempat undian pemain. Menurut laporan, Balde awalnya mendahului selesa dengan 43% berbanding Bellingham 30%. Namun tiba tiba Bellingham menerima hampir 100,000 undian baharu secara mendadak dan memintas kedudukan Balde.

Ketika artikel ini ditulias, dilaporkan Bellingham menerima lebih 3 juta undian. Atau bersamaan 89.1% daripada undian keseluruhan jauh meninggalkan Alejandro Balde dengan 8.4% undian.

Namun Alejandro Balde masih boleh menarik nafas lega kerana undian penyokong hanya menyumbang kepada 10% markah keseluruhan dan 90% lagi undian daripada penulis sukan.

Walaubagaimanapun, pendapat awam juga boleh mempengaruhi juri.

Jika Jude Bellingham menang sekalipun dia juga antara yang berhak memenanginya. Dia menikmati musim cemerlang bersama Borussia Dortmund dan memulakan musim dengan luar biasa bersama Real Madrid, menjaringkan 4 gol daripada 5 penampilan pertamanya bersama Los Blancos.

Dia turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan La Liga.