Peminat Terkejut Morata Mengayamkan Lamine Yamal: “Power Pulak Skil Morata Ni”

Peminat bola sepak terkejut melihat betapa tingginya skil Morata di padang latihan ketika sesi 1 v 1 dengan Lamine Yamal.

Morata malah mengayam ayamkan Lamine Yamal seperti dia adalah ‘Prime Ronaldinho’.

RFEF berkongsi sesi latihan La Roja di media sosial. Dan sudah tentunya mereka mahu ‘menjual’ populariti yang ada pada Lamine Yamal.

Pemain remaja yang baru berusia 17 tahun itu berdepan kapten Sepanyol, Alvaro Morata dalam satu sesia 1 v 1. Dan lihatlah bagaimana hebatnya Morata memperagakan skilnya dengan footwork yang sangat laju.

Ini kerana peminat selalu menganggap Morata penyerang paling lembik, mudah cedera dan juga tidak ada skil langsung di atas padang. Tetapi video ini benar benar mengubah perspektif mereka.

Saksikan:

Peminat Sepanyol sendiri gempar dengan apa yang berlaku: “Dah kenapa pula si Morata ni tak bermain macam ni kat padang perlawanan sebenar. Dia nampak lebih banyak skil dalam video ini berbanding dengan Yamal.”

“Morata sebenarnya tahu joga bonito, terkejut saya,” kata seorang lagi yang tak percaya Morata boleh bermain Joga Bonito. Pada adik adik, Joga Bonito ni satu permainan tunjuk skil oleh pemain pemain samba satu ketika dulu, era Ronaldinho, uncle Do, Robinho dan ramai lagi.

Ramai lagi yang terkejut sebenarnya Morata benar benar boleh bermain bola sepak yang seperti itu.

Tetapi ada juga menegaskan bahawa Lamine Yamal mungkin menghormati pemain senior sebab itu dia tidak begitu all out seperti Morata.

Sepanyol akan beraksi menentang England di final. Peminat berharap Alvaro Morata akan mempamerkan aksi yang sama selepas ini. Kerana mereka tahu Lamine Yamal memang berkemampuan melakukan skil hebat dalam perlawanan sebenar.

Seorang peminat berkata: “Lawan England ni, jangan lupa pamerkan skil macam tu Alvaro oii. Sebab Lamine Yamal dari awal lagi memang dia keluar segala skil menentang lawan.”