Peminat Terkesima Melihat Kemesraan Messi Bagi Ramos Ambil Penalti

Messi dan Ramos merupakan dua nama yang tak boleh duduk bersama ketika era el clasico. Mereka terlibat dalam beberapa siri aksi tegang dan juga permusuhan yang panas.

Lebih lebih lagi Messi merupakan bintang utama Barcelona dan Ramos adalah kapten sensasi Real Madrid.

Paris Saint-Germain memulakan kempen pramusim 2022/23 mereka dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas pasukan Ligue 2 US Quevilly-Rouen Métropole pada petang Jumaat.

Era Christophe Galtier di kelab itu telah bermula dengan sempurna dan pengurus baharu itu menamakan barisan pemain yang cukup kuat untuk perlawanan pertamanya sebagai pengurus.

Lionel Messi, Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma, Marquinhos, Leandro Paredes dan Mauro Icardi semuanya bermula dari awal.

Messi dan Ramos – dua musuh lama dari zaman Barcelona dan Real Madrid – bergabung untuk gol pertama.

Bintang licik Argentina iaitu Messi memenangi penalti untuk PSG pada minit ke-33 permainan. Namun tanpa mementingkan dirinya sendiri, Messi menyerahkannya kepada Ramos. Ini kerana Messi tahu, penalti itu akan memberikan motivasi penting buat Ramos yang bergelut dengan kecederaan sepanjang musim lalu.

Ramos merupakan pelaksana penalti utama untuK Real Madrid sebelum ini.

Sekarang, memandangkan pertempuran El Clasico mereka yang sentiasa tegang antara mereka selama bertahun-tahun, itu adalah sesuatu yang tidak pernah kita sangka akan kami lihat di padang bola sepak.

Tetapi ia benar-benar berlaku dan Ramos membalas kepercayaan Messi dengan merembat masuk bola ke sudut bawah.

Penalti yang hebat daripada Ramos, yang merupakan salah penendang penalti yang cukup berjaya dalam sejarah kariernya.

Dia menjaringkan gol dari titik penalti beberapa kali untuk kedua-dua Real Madrid dan pasukan kebangsaan Sepanyol sepanjang kerjayanya yang cemerlang.

Para peminat bola sepak merasa sangat teruja dan ada yang tak percaya bahawa detik seperti itu boleh berlaku.

Sama juga ketika detik Messi dan Ramos bermesra buat pertama kali di gym ketika menyertai PSG. Kedua dua pemain kemudian dilihat bergurau senda di padang latihan.

Kedua-dua Messi dan Ramos akan mengharapkan musim yang lebih baik di PSG pada 2022/23 selepas mereka berdua masih berusaha untuk memberikan prestasi terbaik.

Duo superstar itu menyertai juara Ligue 1 musim panas lalu dengan perpindahan percuma.

Ramos menghabiskan sebahagian besar kempen di meja rawatan dengan pelbagai kecederaan, manakala Messi masih mencari rentak di hadapan gol. Kerana dia adalah Lionel Messi.

Pemain berusia 35 tahun itu masih mampu menyumbang 15 assist dalam semua pertandingan. Dia hanya mampu menjaringkan 11 gol.