Peminat UFC Kurang Senang Israel Adesanya Mengejek Mendiang Ibu Jon Jones

Peminat UFC dan peminat Israel Adesanya sendiri merasakan petarung itu agak keterlaluan dalam komen terbarunya kepada Jon Jones.

Di mana Israel Adesanya memetik mendiang ibu Jon Jones – yang meninggal dunia pada 2017.

Israel Adesanya dikenali dengan kontroversi mulutnya yang celupar kepada lawannya. Namun sebelum ini peminat beliau masih menerimanya.

Cuma kali ini bagi mereka ianya melampaui batas.

Adesanya dan Jones sudah berperang mulut sejak UFC 253. Dan mwereka seringkali sindir menyindir.

Terbaru Adesanya memberikan komennya tentang potensi pertarungan buku dan ruas dengan Jones.

Jones berkata: “Saya pelik mendengar ayahnya memberitahu bila dia nak bertarung dengan saya. Saya tertanya tanya sama ada ayahnya percaya anak dia benar benar sedia? Rasanya, Eugene tak!”

Adesanya membalas balik dengan berkata: “Ayah saya sudah memberitahu saya bahawa saya akan tewaskan kamu. Percayalah dia tahu [itu akan berlaku]. Emak kau pasti kecewa melihat apa yang akan jadi kepada kamu.”

Jones membalas: “Duduk dengan 10 juta dollar, anak anaknya bersemangat tentang Jesus Christ [ibadat], menjadi salah seorang petarung seni tempur terhebat dalam sejarah MMA dan dunia. Sudah tentunya emak saya ‘kecewa’. Kamu merah ke bro?”

Jones menambah: “Emak saya seorang pejuang kemanusiaan yang hebat. Saya tahu, projek kebajikannya membuatkannya lebih bangga daripada segala yang saya lakukan dalam UFC.”

“Izzy [Israel Adesanya], terima kasih kerana memberikan saya peluang menggariskan tentang emak saya yang hebat petang ini, dan sekarang saya merinduinya. Adakah kita masih ‘on’ untuk [pertarungan] 2021?

Ibu Jones iaitu Camille meninggal dunia pada 2017 selepas lama bertarung dengan diabetes.

Ramai peminat kali ini kurang bersetuju dengan Israel Adesanya. Sebelum ini mereka di belakang Adesanya ketika petarung Nigeria itu mengutuk  Jon Jones yang ditangkap polis kerana kes senjata api.

Cuma kali ini bagi mereka, tidak sepatutnya Adesanya mengheret nama mendiang ibu musuhnya ke dalam perseteruannya.

 

 

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil