Peminat United Geram Bagaimana Ole Masih High Five Maguire Yang Dibuang Padang?

Harry Maguire terus menjadi perdebatan di kalangan peminat Man United. Kredibiliti beliau sebagai kapten dan kredibiliti Maguire sebagai bek tengah untuk kelab seperti United juga seringkali dipersoalkan.

Man United kalah 4-1 dalam aksi berdepan Watford. United bermula dengan teruk pada separuh masa pertama. Mujur kecekapan De Gea membuatkan mereka hanya ketinggalan 2-0.

Masuk pada separuh masa kedua, United memperkemaskan rentak mereka. Jadon Sancho dan Van De Beek menemui rentak mereka dan sangat bagus bergandingan dengan Ronaldo.

United merapatkan kedudukan hanya selepas 5 minit separuh masa kedua hasil tandukan Van De Beek.

Sancho melakukan cross, Ronaldo menanduk kepada Van De Beek dan pemain Belanda itu menyudahkannya.

United kelihatan akan mendapat sesuatu daripada perlawanan ini berdasarkan persembahan mereka separuh masa kedua. Di mana United memberikan ancaman demi ancaman kepada Watford.

Malangnya, ketika rakan rakannya berusaha untuk mencari gol, Maguire membuat tindakan bodoh sekali lagi.

Bagaimana dia boleh membuatkan situasi ini, menjadi kad merah, hanya beberapa saat kemudian?

Sebelum ini Paul Scholes pernah menyatakan bahawa Man United tidak ada ball playing defender yang bagus termasuk Maguire dan Lindelof. Dan Scholes sangat pantang melihat Maguire yang suka memegang bola lama.

Dalam situasi gambar di atas, Maguire ditekan oleh Tom Cleverley dan dia mulai tak keruan. Hilang bola dan membentes Cleverley.

Sebelum itu Maguire sudah menerima kad kuning keranan menarik pemain lawan selepas dia ditewaskan secara duel.

Situasi ini benar benar membunuh Man United secara mental walaupun mereka masih bermain dengan baik dengan 10 pemain.

Namun akhirnya United kesukaran untuk mengekalkan intensiti dalam keadaan kurang seorang pemain.

Seterusnya, peminat Man United tidak percaya sama sekali melihat Ole masih memberikan high five kepada Maguire yang sebenarnya baru melakukan kesilapan yang menyusahkan pasukan.

Ramai meluahkan kekecewaan mereka dengan situasi itu.

Hasilnya, mereka bolos dua gol minit akhir perlawanan dan daripada kedudukan 2-1, menjadi 4-1.

Dua gol tersebut adalah menerusi Joao Pedro dan Dennis.

Selepas ini Man United akan berdepan dengan Chelsea.