Walaupun menang ke atas Malaysia, namun perasaan peminat Vietnam ternyata tidak seperti sebelum ini.
Menurut mereka, Malaysia yang mereka kalahkan ternyata bukan seperti yang mereka jangkakan. Sebelum ini Malaysia sentiasa menjadi pasukan yang paling sukar untuk Vietnam.
Dalam aksi final Piala AFF 2018, Vietnam terpaksa memutuskan untuk fokus bertahan kerana kualiti Malaysia ketika itu yang lebih baik.
Kemenangan 3-0 dalam aksi berdepan Malaysia adalah berbeza. Peminat Vietnam menyatakan bahawa, pasukan mereka tidak harus terbuai buai dengan kemenangan ini. Kerana berdasarkan aksi Malaysia semalam, sebenarnya Vietnam menang ke atas pasukan yang below par performance.
Selain itu, walaupun Malaysia huru hara, pasukan Harimau Malaya masih melakukan beberapa siri percubaan tepat dan ada 2 percubaan dalam kotak yang bahaya.
Vietnam sendiri tampil dengan aksi yang kurang tajam terutama sekali di zon serangan. Banyak bola dipersiakan dan hilang penguasaan begitu mudah.
Dan kini mereka merasakan bahawa Indonesia dan Thailand mungkin akan menjadi pasukan sebenar yang akan menjadi ujian Vietnam selepas ini. Sama ada di peringkat kumpulan atau kalah mati.
Thuyenca berkata: “Walaupun Malaysia tak dapat banyak bola, mereka tetap ada 2 peluang keemasan yang boleh mereka sempurnakan, kemudian Vietnam masa tu tak press dengan cukup bagus dan tidak cukup laparkan bola.”
“Kita perlu risau dengan Thailand dan Indonesia yang berada di tahap berbeza. Tak pastilah pasukan Vietnam ni macam mana.”
“Namun para pemain kita sekarang ni dapat balik keyakinan itu dan membuktikan mereka tidak lemah selepas kekalahan di kelayakan Piala Dunia.”
Seorang lagi peminat dengan hanya menggunakan nama D berkata:
“Satu perkara jelas, Malaysia dan cuba segalanya semalam. Kita gembira kita menang tapi kita tak gembira sebab team kita tak menunjukkan aksi yang benar benar bagus. Berlaku beberapa aksi yang tidak terurus dia atas padang.”
“Menyaksikan perlawanan semalam, saya dah tak fikir dah pasal ancaman dari Malaysia. Adakah sebab Vietnam bermain bagus ataupun mereka yang bermain teruk.”
“Para pemain sekarang ini harus sentiasa cuba mengelakkan kesilapan di atas padang dalam setiap perlawanan untuk cuba memenangi piala ini.”
Park Hang Seo melakukan rotasi skuad beliau untuk memberikan rehat kepada pemain yang beraksi dalam kelayakan Piala Dunia sebelum ini.
Dan para peminat memuji prestasi pasukan yang dianggap pasukan kedua mereka itu kerana beberapa pemain utama mereka direhatkan sebab masih tak cukup cergas atau terlalu banyak minit perlawanan.
Kemudian Huy pula berkata bahawa Malaysia tidak membawa pasukan terkuat mereka pada kali ini. Kerana ramai pemain yang cemerlang dalam liga tidak dibawa oleh Tan Cheng Hoe atas beberapa sebab dan alasan. Lain macam brader ni. Dia duduk Malaysia agaknya.
Huy berkata: “Malaysia hari ini bukan pasukan terkuat mereka. Namun Malaysia bermain bergantung kepada kualiti individu [yang bagus]. Masih juga Vietnam skor 3 gol, dan ianya sangat bagus dan menunjukkan bahawa kualiti serangan Vietnam sangat bagus.”
Mereka pada masa yang sama memuji pengurusan pasukan oleh Park Hang Seo yang cuba sedaya upaya menggunakan skuadnya semaksimum mungkin untuk mengelakkan kecederaan pemain.
Vietnam sebelum ini mendaftarkan 30 pemain. Namun seorang pemain mereka diarahkan pulang oleh kerajaan Singapura. Membuatkan mereka cuma ada 29 pemain sahaja.
Dengan kemenangan tersebut, Vietnam kini berada di tangga kedua di belakang Indonesia selepas 2 perlawanan kerana perbezaan jaringan.
Malaysia akan berehat seminggu selepas ini kerana sudah beraksi 3 perlawanan. Ini adalah peluang terbaik untuk pemain melakukan pemulihan dan Tan Cheng Hoe berharap pemain pemain yang cedera akan dapat pulih semula.
Carta Kedudukan Kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2020
Selepas Hari Perlawanan 3 | Ahad, 12 Disember 2021
LAOS 🇱🇦 1-5 🇮🇩 INDONESIA
VIETNAM 🇻🇳 3-0 🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/25Qp8EH5Aq— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 12, 2021
Tan Cheng Hoe menyatakan bahawa Malaysia kehilangan konsentrasi dalam perlawana hari ini di barisan pertahanan.
Seterusnya, kecederaan Aidil Zafuan membuatkan benteng pertahanan menjadi longgar.
Selepas Aidil dikeluarkan, Malaysia terus bocor dengan dua gol. Gol gol tersebut dihasilkan oleh Vietnam daripada pressing dan merobek benteng pertahanan.
Pemain pemain Vietnam diberikan ruang selesa untuk melakukan rembatan.
Bercakap kepada Astro Arena selepas perlawanan, Tan Cheng Hoe berkata:
“Hari ini kita hilang konsentrasi di bahagian pertahanan dan melepaskan bolos.
“Selepas Aidil dikeluarkan kerana kecederaan, ada sedikit kelonggaran di bahagian pertahanan.”
Tan Cheng Hoe mengakui bahawa beliau melakukan perubahan taktikal pada separuh masa kedua. Namun perancangannya kurang menjadi apabila Shahrul Saad pula cedera di bahagian pertahanan.
“Pada separuh masa kedua, kita sekurang kurangnya dapat mengimbangi pasukan Vietnam.”
“Namun ramai pula pemain yang cedera,” kata Tan Cheng Hoe merujuk kepada Shahrul Saad dan Syafiq Ahmad yang turut cedera.
Ketiadaan Shahrul Saad membuatkan pertahanan Malaysia kembali longgar.
Ditanya apakah perancangan beliau jika Shahrul Saad dan Aidil terpaksa berehat panjang, Tan Cheng Hoe berharap kedua dua pemain akan segera cergas.
Ini kerana Malaysia masih ada seminggu lagi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi lawan yang seterusnya.
Kecederaan Shahrul Saad dan Aidil menambahkan lagi senarai kecederaan di pertahanan. Sebelum ini Junior Eldstal cedera.
Sebagai tambahan, Malaysia memiliki skuad yang sangat kecil dalam pertandingan kali ini dengan hanya membawa 24 pemain sahaja berbanding pasukan lain yang mana mana rancak dengan 30 pemain.