JDT berhadapan dengan gergasi Korea Selatan, Suwon Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim.
Ini merupakan perlawwanan pertama ACL dianjurkan di stadium baharu JDT ini.
LINE-UPS | π²πΎ @OfficialJohor π @bluewingsfc π°π·
π Here are the starting XIs for the Group G match between JDT and Suwon. Can the hosts get off to a winning start in their new π#ACL2020 pic.twitter.com/NVOpqlTaZD
β #ACL2020 (@TheAFCCL) March 3, 2020
JDT menang mengejutkan pasukan pilihan Suwon Bluewings dalam kemenangan yang mereka berhak dapat.
Β
1. Penalti kontroversi
JDT diberikan penalti pada minit ke-13. Dan ianya disempurnakan dengan tenang oleh Gonzalo Cabrera.
Pemain Suwon Bluewings mendakwa Diogo dijatuhkan ole Mi Sang Gi di luar kotak penalti. Namun pengadil memutuskan untuk memberikan penalti selepas berbincang dengan pembantunya.
Namun Suwon Bluewings harus berterima kasih juga kepada pengadil kerana tidak melayangkan kad merah kepada pemain mereka atas kesalahan last man foul.
Sukar untuk pengadil melihat penalti itu, dan JDT tak mempersiakan peluang mereka. Penalti sangat tenang.
2. Pembaziran Suwon Bluewings
Suwon Bluewings mendapat peluang keemasan mereka sejuru selepas gol itu, namun ianya disepak kelangit.
Taggart juga memiliki peluang untuk menjaringkan gol. Namun beliau gagal. Salah satu daripadanya ditanduk keluar β dah macam clearance.
Pada separuh masa kedua mereka mendapat gol awal. Namun skrip mereka tetap sama dengan separuh masa pertama. Penguasaan bola tinggi tetapi kurang ciptaan big chances berbanding JDT yang kurang penguasan tetapi banyak big chances.
3. Prestasi Diogo
Diogo malam ini, membuatkan JDT seperti menonton filem Parasite. Tak tau sama ada nak marah, nak sayang, nak geram dan nak kagum.
Diogo mengatasi line pertahanan Suwon Bluewings 2 kali pada separuh masa pertama. Salah satu daripadanya memenangi penalti untuk JDT.
Malangnya yang satu penyerang JDT itu melakukan sentuhan ekstra dan akhirnya dibentes bersih oleh pertahanan lawan.
Separuh masa kedua, Diogo juga membuat perkara sama. Beliau aktif terlibat dalam build up. Namun membuang peluang terbaik.
4. Nazmi Faiz MOTM
Tak pasti siapa pilihan rasmi oleg penganjur. Namun saya memilih Nazmi Faiz sebagai MOTM.
Hantaran beliau adalah yang mencetuskan penalti JDT pada separuh masa pertama.
Beliau turut mencipta peluang gol untuk assist kepada Mauricio.
Sudah lama tak tengok Nazmi Faiz beraksi sebagus ini. Namun Nazmi kenalah konsisten dalam aksi beliau selepas ini kan. Boleh tak?
5. Mauricio penjaring terbanyak JDT di stadium baharu
Unik bukan? Penjaring terbanyak JDT di stadium baharu mereka setakat ini adalah pemain bek tengah iaitu Mauricio.
Beliau menjaringkan 2 gol daripada dua penampilannya musim ini di home. Sebelum ini beliau menjaringkan gol dalam aksi Piala Sumbangsih.
6. JDT pasukan lebih
JDT jelas sekali pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama dan keseluruhannya.
Walaupun mereka tampil dengan taktikal lebih pragmatik, namun perlaksanaan mereka lebih baik.
Bersepah fast break mereka lancarkan dan pada masa yang sama melakukan high pressing dengan baik pada separuh masa pertama.
Aksi ini harus dibanggakan oleh JDT dan juga rakyat Malaysia kerana aksi JDT ini akan membuka mata pasukan lain tentang kualiti juara MSL.
7. Debut cemerlang
AFC CHAMPIONS LEAGUE 2020 | 3 MARCH 2020
JOHOR DARUL TA'ZIM vs SUWON SAMSUNG BLUEWINGS
More photos at https://t.co/Zk2tappIhN pic.twitter.com/Ephsr0YyCM
β JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 3, 2020
Ini merupakanΒ aksi debut stadium Sultan Ibrahim dalam kancah Liga Juara Juara AFC β kejohanan perdana kelab Asia.
Dan ianya berakhir dengan detik manis di mana JDT mencipta kemenangan mereka di sini.
Ianya kemenangan yang sangat menegejutkan ramai pihak dan satu kebanggaan untuk JDT.
Syabas JDT!
Nota Editor: Baru hari tu lalu depan stadium niΒ #doneclaim