Penalti Kontroversi Saul Ikat Barca, Aksi 1 OG Costa, 1 Gol Panenka Messi, 3 Penalti

Kalau korang nakkan satu perlawanan penuh kontroversi dan pada masa yang sama ada detik genius, maka ini perlawanannya.

Atletico Madrid berjaya mengikat Barcelona dalam aksi La Liga awal pagi tadi. Keputusan yang sangat tak diigini oleh Barcelona yang sebelum ini keciciran mata.

Perlawanan ini menyaksika ianya dihiasi dengan beberapa insiden dramatik sepanjang perlawanan.

Diego Costa antara pemain yang kurang bernasib baik dalam perlawanan ini. Di mana beliau tertampan bola ke gawang sendiri dan kemudian gagal menyempurnakan penalti untuk pasukannya.

Mujur pengadil mengarahkan penalti itu disepak semula. Saul mengambilnya, dan masuk untuk menjadikan keputusan 1-1.

Barcelona sebelum ini keciciran mata, dan memberikan kelebihan kepada Real Madrid. Skuad bimbingan Quique Setien itu ternyata dalam krisis.

Malah ketika rehat seketika di tepi padang, para pemain mereka dilihat tidak semua berkumpul mendengar taklimat Quique Setien.

Ramai yang mengaitkannya dengan perbalahan antara pemain dan pembantu Setien iaitu Sarabia.

Barcelona mendapat penalti mereka selepas Ansu Fathi dijatuhkan.

Lionel Messi menjelamkan momen genius beliau dengan gaya panenka.

Ianya adalah gol karier ke-700 oleh Messi. 70 untuk negaranya dan 630 untuk Barca.

Messi meraikan gol itu dengan memetik jarinya persis seorang magician, memberikan isyarat perlawanan itu sudah berakhir.

Namun ternyata Messi silap. Satu lagi penalti kontroversi dihadiahkan.

Kali ini Yannick Carrasco yang terjatuh telah memenangi penalti untuk pasukannya. Ulang tayang menunjukkan pemain itu kelihatan tersadung.

Saul Niguez sekali lagi tiada masalah untuk menyumbat masuk penalti tersebut.

Dengan keputusan ini, Real Madrid berpeluang untuk menjarakkan diri 4 mata dari Barca sekiranya menang selepas ini.

Ia pasti menyukarkan Barcelona dalam usaha pasukan tersebut mahu menjuarai La Liga sekali lagi, untuk melengkapkan satu lagi kejuaraan 3 kali berturut-turut.

Pada kedudukan semasa Real Madrid kekal di puncak dengan kelebihan 1 mata.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan