Penalti Mo Salah Selamatkan Liverpool Daripada Kekalahan Di Old Trafford

Liverpool berkunjung ke Old Trafford untuk aksi Liga Perdana Inggeris. Di mana mereka disingkirkan United di gelanggang yang sama beberapa minggu lalu.

Man United memulakan perlawanan dengan baik sekali. Di mana Garnacho hampir menjaringkan gol pembukaan. Sayangnya gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Liverpool kemudian di hadapan menerusi Luis Diaz pada minit ke-23.

Man United hampir terus menyamakan kedudukan apabila tandukan Casemiro lalu di depan gawang Liverpool. Namun Hojlund gagal menyambar bola tersebut.

Separuh masa pertama Liverpool di hadapan dengan pendahuluan satu gol.

Pada separuh masa kedua Manchester United membalas dengan dua gol.

Pertamanya menerusi Bruno Fernandes. Di mana kesilapan Quansah memberikan peluang kepada Bruno untuk merembat masuk terus bola.

Tidak lama kemudian pemain masa depan, Kobbie Maino meletakkan Man United di hadapan pada minit ke-67 dengan satu rembatan lencong cantik.

Liverpool bergelut untuk mawwwwwwwwwwwendapatkan gol pemyamaan. Namun pada minit ke-82, Liverpool dihadiahkan sepakan penalti selepas kekasaran dilakukan oleh Wan Bissaka.

Mo Salah menyempurnakan penalti tersebut untuk memastikan The Reds pulang dengan 1 mata.

Keputusan seri ini bermakna Liverpool gagal memintas Arsenal dalam persaingan carta liga. Kerana skuad Mikel Arteta ada kelebihan perbezaan jaringan.

Baca yang lain