Penalti Trent Alexander Arnold memastikan England mara ke separuh akhir Euro 2024. Sekaligus melupakan badi kalah dalam penentuan penalti final 2020 di tangan Itali.
England memiliki rekod tidak elok dalam penentuan penalti. Dan sudah tentunya mereka mahu membuang tekanan itu segera.
Skuad bimbingan Southgate sekali lagi bergelut untuk menang. Mereka malah terlebih dahulu di belakang hasil jaringan Embolo.
England gagal mencatatkan sebarang on target lebih sejam perlawanan atau lebih 70 minit. Mereka juga gagal untuk mendominasi perlawanan.
Switzerland dan England memiliki peluang yang setara dalam perlawanan ini. England berhempas pulas untuk mencari gol penyamaan.
Dengan Gareth Southgate mulai memasukkan beberapa pemain serangan seperti Cole Palmer.
Bintang Arsenal, Bukayo Saka menjadi penyelamat untuk England mengheret perlawanan ke masa tambahan 30 minit dan kemudian ke penentuan penalti.
England menang 5-4 dalam penentuan penalti. Ini selepas Manuel Akanji gagal menyempurnakan penaltinya yang diselamatkan oleh Jordan Pickford.
Bukayo Saka antara pemain yang mara untuk mengambil penalti selepas pengalaman perit gagal menyempurnakan penalti pada edisi lalu di peringkat final.
Trent Alexander Arnold yang masuk dalam beberapa minit terakhir perlawanan, menggunakan kecergasan dan kepakarannya dalam bola mati untuk memastikan England mara ke separuh akhir.
England menang 5-3 dalam penalti tersebut dengan kesemua pemain berjaya menyudahkan penalti mereka.
England akan menanti pemenang di antara Turki atau Belanda.
Sementara itu dalam satu lagi separuh akhir, Sepanyol dan Perancis sudah menempah slot mereka.