Penalti Yang Membuatkan Ten Hag Dipecat Adalah Tidak Sepatutnya Kata Howard Webb

Ketua pengadil Howard Webb berkata West Ham tidak sepatutnya diberikan penalti semasa perlawanan terakhir Erik ten Hag ketika mengendalikan Manchester United pada 27 Oktober.

Penalti yang menjadi sebab kenapa Erik Ten Hag dipecat selepas itu setelah gagal mendapatkan keputusan yang baik dalam perlawanan itu.

The Hammers diberikan penalti atas cadangan pembantu pengadil video Michael Oliver berikutan cabaran Matthijs de Ligt terhadap Danny Ings.

David Coote, pengadil di padang, awalnya tidak merasakan ianya penalti telah pergi ke tepi padang dan meninjau monitor.

Jarrod Bowen menjaringkan penalti, mengesahkan kemenangan 2-1 untuk West Ham. Ten Hag dipecat kurang 24 jam kemudian.

Webb berkata, terdapat kesilapan dalam pembacaan VAR.

“Saya fikir ia silap baca oleh VAR,” kata Webb kepada program Mic’d Up Sky Sports.

“VAR yang biasanya benar-benar berkebolehan dan boleh dipercayai, tetapi VAR  lebih fokus dalam situasi ini pada kaki De Ligt. Kakinya menyentuh Danny Ings, tidak membuat sebarang sentuhan dengan bola. Bola sudah melepasi De Ligt ketika dia membuat sentuhan. dengan Danny Ings.

“Dan VAR melihat itu sebagai satu kesalahan yang jelas. Saya rasa dia terlalu fokus pada aspek itu. Saya tidak fikir VAR tak patut campur tangan dalam insiden itu.

“Saya fikir ini adalah situasi di mana kita akan membiarkan keputusan di atas padang sebagaimana seadanya, mungkin dalam apa cara sekalipun ia dibuat oleh pengadil. Secara 50-50. saya tidak fikir ia adalah sepakan penalti.

Webb kemudian mempersoalkan kredibiliti Coote dalam insiden itu. Sepatutnya David Coote mengekalkan sahaja keputusannya di atas padang.

“Pengadil di padang tidak perlu mengikut cadangan pegawai VAR.

“Mereka diberitahu bahawa mereka berada dalam hak mereka untuk mengekalkan keputusan mereka apabila mereka pergi ke skrin,” kata Webb.

Webb, yang merupakan ketua badan pengadil PGMOL, bercakap secara terbuka buat pertama kali sejak Coote digantung berkuat kuasa serta-merta selepas dia kelihatan membuat komen menghina Liverpool dan bekas pengurus mereka Jurgen Klopp dalam video yang tersebar dalam talian.

“Kami menyedari video yang sedang diedarkan di media sosial yang kami ambil serius,” kata Webb.

“Kami telah memulakan siasatan penuh. Salah seorang pengadil kami, David Coote, telah digantung berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu keputusan siasatan itu.

“Tidak banyak lagi yang boleh saya katakan pada peringkat ini sehingga kami menyelesaikan penyiasatan itu.”