Penang FC Nafi Gantung Endrick Kerana Elak Dia Menentang JDT

Penang FC menafikan khabar angin bahawa Endrick Dos Santos diberikan rehat menjelang aksi berdepan dengan JDT.

Kedua dua pasukan akan bertemu pada 20 Julai ini di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Sebelum ini ada laman peminat Penang Brotherhood memuat naik status menyatakan bahawa:

“Berita Terkini! Endrick Do Santos digantung daripada tugasa sehingga Ogos. Tempat dia akan digantikan dengan batang kayu. Pemberi maklumat menyatakan bahawa mereka [Penang FC] akan bermain dengan 10 pemain dengan sebatang kayu menentang JDT.”

Walaupun status tersebut berbaur troll. Namun page rasmi Penang FC tetap menjawab perkara tersebut. Mereka melabel post itu sebagai fake news.

Penang FC mendapati ramai peminat mereka mempersoalkan kenapa pemain itu tiba tiba digantung daripada tugasannya menjelang aksi berdepan dengan JDT?

Adakah kerana ada perjanjian belakang antara kelab tersebut berlaku sehingga membuatkan perkara itu berlaku?

Bukankah sebelum ini Penang FC sendiri mengesahkan bahawa Endrick adalah pemain sepenuh masa pasukan mereka. Bukannya dipinjam dari mana mana pasukan.

Pulau Pinang melalui jadual yang agak sukar pada bulan ini.

Penang FC menjelaskan bahawa pemain tersebut bukan digantung atau dihukum. Sebaliknya dia hanya diberikan cuti rehat daripada pengurusan kelab.

Cuti tersebut akan berkuatkuasa sehingga 31 Julai 2022 ini.

Penang FC Berkata: “Adalah dimaklumkan bahawa tiada arahan atau hukuman penggantungan pemain dilaksanakan oleh pihak Pengurusan Penang FC.”

“Beliau (Endrick) hanya diminta mengambil cuti rehat sehingga 31 Julai 2022. Sekian, terima kasih.”

Sebelum ini Penang FC menafikan bahawa Endrick adalah dipinjam daripada JDT. Ianya selepas TMJ pernah menyatakan bahawa beliau berminat untuk menaturalisasikan pemain itu.

Pengurus, Ong Eng Hua menegaskan bahawa TMJ mahu menaturalisasikan Endrick untuk Malaysia. Dan berkata, TMJ seharusnya berhubung dengan Penang FC tentang perkara itu.

Dipetik dari SemuanyaBOLA, Eng Hua berkata: “Mengenai isu Endrick, dia adalah pemain kita. Walaupun sebelum ini, TMJ [Tuanku Mahkota Johor] ada menyatakan di Astro Arena yang beliau akan menaturalisasi Endrick untuk Malaysia.”

“Saya rasa, sepatutnya [ketika itu], beliau perlu berhubung dengan Penang untuk khidmat Endrick [sebagai pemain Malaysia], walaupun [ketika itu] beliau tidak kata hendak ambil untuk kelab dia [JDT],” tambahnya.

“Untuk pengetahuan semua, Endrick sejak awal bukan kita pinjam dari mana-mana pasukan. Bukan pinjam dari Selangor, bukan pinjam dari JDT. Dia asal pemain Penang FA [ketika itu] sebelum bertukar kepada Penang FC,”

Baca yang lain