Penangan ‘Gabriel’, Arsenal Catat Kemenangan Kelima, Kekal Rekod 100%

Arsenal memiliki 3 pemain bernama Gabriel iaitu Gabriel Maghalhaes, Gabriel Jesus dan Gabriel Martinelli.

Dan dua daripadanya telah menjaringkan gol dalam kemenangan Arsenal kali ini.

Ini juga merupakan kali kedua berturut turut keturunan Gabriel ini menjadi wira kemenangan Arsenal selepas Gabriel Maghalhaes melakukan sebelum ini.

Arsenal berjaya mencipta lima kemenangan berturut turut daripada lima perlawanan liga mereka setakat ini.

Kemenanga  ini juga turut menambah tekanan kepada pengurus Villa, Steven Gerrard.

City ketinggalan dua mata di belakang Arsenal selepas skuad kendalian Mikel Arteta itu sekali lagi mempamerkan kecekalan mereka dalam mempertahankan 3 mata terutama sekali di gelanggang sendiri.

Arsenal menjaringkan gol pada minit ke-30  ‘hadiah’ daripada bekas penjaga gol mereka, Emiliano Martinez, yang menolak hantaran silang Gabriel Martinelli yang jinak terus kepada Gabriel Jesus untuk penyudah mudah di hadapan gawang.

Villa kemudian menyamakan kedudukan apabila sepakan sudut Douglas Luiz terus melepasi penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale pada minit ke-74 walaupun tuan rumah membuat rayuan untuk membatalkan gol tersebut, mendakwa ada kekasaran berlaku.

Luiz kini mencatatkan rekod unik, 2 gol terus daripada sepakan penjuru dalam 3 perlawanan terakhir.

Tetapi Arsenal, yang bangkit mendapatkan semula 3 mata mereka dengan karakter yang mengagumkan apabila Martinelli kembali meletakkan mereka di hadapan sekali lagi.

Tamat perlawanan, Arsenal 2 Villa 1. Penyokong Aston Villa mengejek pengurus dan pemain mereka selepas tamat perlawanan kerana kecewa dengan prestasi semasa mereka.

Gerrard kini dalam tekanan yang sangat kuat, cuba mengelak daripada menjadi pengurus kedua yang bakal dipecat selepas Scott Parker pada minggu ini.

 

 

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi