Penantian 7 Dekad Berakhir! Newcastle Julang Piala Carabao Tewaskan Liverpool

Liverpool terlepas satu lagi piala dalam masa kurang seminggu. Sebelum ini The Reds tersingkir daripada UCL. Kali ini kalah pula Piala Carabao di final.

Ianya aksi yang sangat buruk daripada Liverpool bermula pada separuh masa pertama. Liverpool langsung tidak mencipta apa apa peluang bahaya.

Sedangkan Newcastle melancarkan serangan bertali arus dan mencipta banyak peluang dan percubaan ke arah gol.

Newcastle mendahului menerusi Dan Burn pada lewat masa kecederaan separuh masa pertama. Dengan Liverpool hanya melakukan percubaan tersasar sebelum rehat.

Separuh masa kedua Alexander Isak menggegar jaring pada awal separuh masa kedua namun dibatalkan kerana ofsaid. Tidak lama kemudian Isak memastikan dia mencetak gol oada aksi final dengan gol cantik menewaskan Kelleher.

Dia menyambut tandukan rakannya dengan rembatan first time yang sangat kemas dan tidak mungkin boleh diselamatkan Kelleher.

Newcastle tidak memberikan peluang untuk Liverpool mendapatkan rentak mereka dan terus mengasak dan memberikan ancaman. Liverpool bergelut dengan masalah kehilangan bola dan hantaran lemah.

Pada  15 minit terakhir Newcastle meletakkan lebih ramai pemain di blok rendah. Dengan Arne Slot mengambil pendekatan berisiko memasukkan ramai pemain serangan.

Tamat perlawanan Newcastle menamatkan penantian panjang kemarau trofi mereka.

Pegawai keempat perlawanan hanya memberikan 8 minit masa kecederaan.

Chiesa merapatkan jurang gol dengan gol minitt ke-9+4 namun dilayangkan bendera ofsaid. Semakan VAR mengesahkan bahawa ia adalah gol selepas sesi semakan yang mendebarkan.

Liverpool bagaimanapun tidak mampu menghentikan sejarah Newcastle tercipta pada kali ini. Ianya penantian 7 dekad kelab itu tanpa sebarang trofi major.

Arne Slot terlepas peluang pertama untuk memenangi piala dalam kunjungan pertamanya bersama Liverpool ke Wembley.