Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM10k Akaun 1

KWSP membuka program i-Sihar kepada semua ahli untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 daripada akaun 1 – menerusi program i-Sinar yang diubah semula.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan , Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata manfaat had pengeluaran itu akan dinikmati kira kira 8 juta pencarum KWSP yang terkesan kerana musim wabak melanda.

Ini termasuk hilang sumber pendapatan, dipotong gaji dan ada yang hilang pekerjaan.

Minggu lalu KWSP mengumumkan kira kira dua juta pencarum layak mendapat manfaat pengeluaran i-Sinar sehingga 10% daripada simpanan mereka di akaun 1.

Ia berbeza dengan i-Lestari yang diumumkan pada bulan April lalu di mana hanya sedikit sahaja golongan sasaran yang boleh mengeluarkan akaun 2 dan sehingga 10 peratus daripada akaun 1.

Bagi mereka yang ada caruman di bawah RM90,00, mereka boleh mengeluarkan RM9,000 dengan pengeluaran akan dilakukan selama 6 bulan. Pengeluaran pendahuluan adalah RM4,000.

Bagi yang di atas RM90k mereka boleh mengeluarkan 10% daripada caruman mereka dengan maksimum RM60k. Pendahuluan RM40,000 dan bakinya akan dilunaskan dalam 6 bulan.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan perubahan dalam i-Sinar.

Dalam kenyataannya Najib berkata:

“RASMI dari Parlimen: Program i-Sinar pengeluaran wang dari akaun 1 KWSP kini dibuka kepada SEMUA ahli yang menghadapi masalah kewangan.”

“Sekarang 8 juta ahli KWSP layak untuk mengeluarkan sehingga RM10,000 seperti dituntut YB Pekan, YB Bagan Datuk dan ahli-ahli MP BN.”

Baca yang lain