Pencipta Konami Code Yang Popular Menerusi Game Contra, Meninggal Dunia

Kazuhisa Hashimoto, programmer untuk kod Konami yang popular telah meninggal dunia pada usia 61 tahun.

Kalau korang masa kecil selalu pegang controller yang legend dan bermain Contra, pasti korang terbiasa dengan kod↑ ↑ ↓ ↓ ← → ← → B, A, Start.

Beliaulah yang menciptanya.

Bekas majikan Hashimoto iaitu Konami telah mengeluarkan kenyataan dukacita tentang pemergian legenda mereka itu.

Konami mengggelar Hashimoto sebaga seorang programmer yang berbakat luar biasa.

“Kami sangat sedih mendengar tentang berita pemergian Kazuhisa Hashimoto, seorang produser yang memperkenalkan Konami Code kepada dunia.”

“Kami berkongsi kesedian dengan keluarga Hashimoto dan sahabat handai beliau. Bersemadilah dengan aman.”

Konami Code mulai diperkenalkan pada 1986 menerusi  NES –  Gradius.

Kod tersebut memberikan akses kepada pemain untuk mengeluarkan kuasa dan menikmati dunia video game dengan lebih menyeronokkan.

Hashimoto mencipta Konami Code, kerana ketika itu beliau merasakan terlalu sukar untuk bermain video game pada ketika itu.

Dan sudah tentunya, permainan pertama yang menggunakan Konami Code adalah Gradius yang membolehkan pemain menggunakan cheat code.

Konami Code terus popular, apabila NES memperkenalkan Contra pada 1988. Permainan yang memberikan 30 nyawa kepada para pemainnya.

Ianya membantu para pemain mendapat hayat lebih lama dan panjang di dalam permainan.

Konami Code kemudiannya muncul dalam permainan Teenage Mutant Ninja Turtles III: The Manhattan Project pada 1991.

Ia semakin popular digunakan dan muncul dalam beberapa lagi permainan lain seperti

Dance Dance Revolution, Metal Gear Solid 2: Sons of Liberty – 2001 , dan Castlevania: Lords of Shadows pada 2010.

Selain itu, Konami turut menggunakan kod beliau itu dalam permainan seperti Mario Party edisi pertama dan banyak lagi.

Itulah kisah Konami Code yang sangat popular dan memberikan pengalaman ke tahap yang baharu dalam dunia video game.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di