Petarung UFC welterweight, Jordan Williams telah berkongsi video di mana keretanya hampir dilarikan oleh pencuri.
Williams sempat mengeluarkan jurus MMA dengan menumbuk dan menarik pencuri tersebut.
Jordan Williams merupakan petarung MMA yang baru sahaja mendapat kontrak dengan UFC pada September tahun lalu dan sudah beraksi dalam dua pertarungan menentang Nassourdine Imavov dan Mickey Gall.
Dalam satu kejadian pada 12 Ogos lalu, Williams berdepan dengan detik cemas di mana kereta mewahnya hampir dirembat oleh pencuri.
Kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Denver, di mana Williams berhenti untuk membeli minuman.
Ketika dia memasuki premis kedai runcit di situ, seorang lelaki masuk ke dalam keretanya.
Melihat keretanya sedang mengundur, Williams segera berlari dan membuka pintu. Pencuri yang menyedari bahawa dia sebenarnya baru sahaja cuba mencuri kereta petarung UFC.
Dia mulai panik dan tak keruan. Williams terus menarik pintu dan memberikan tumbukan ke arah pencuri dan menariknya keluar.
Pencuri kereta itu yang ketakutan terus melarikan diri, tak cukup tanah dia berlari seperti ternampak hantu.
Bercakap kepada peminatnya, Williams menyatakan bahawa keretanya dihidupkan dengan butang push to start di mana ianya akan hidup kalau kunci berada kira kira 5 kaki daripada kereta.
Williams bersyukur kerana keretanya tidak dilarikan dan berada dalam kedaan baik baik sahaja.
Bercakap kepada ESPN, Williams menyatakan dia agak ‘loading’ melihat ada orang dalam keretanya. Sambil berfikir, dia buat apa kat situ. Dan pada masa yang sama dia terfikir mungkin ada orang yang sama kereta dengannya.
“Kemudian saya seperti, ahhh sh*t ada orang dalam kereta saya.”
“Lalu saya berlari meluru ke kereta. Jika kunci saya tidak berada kurang 5 kaki, dia tak boleh pandu kereta itu. Ketika saya berlari ke arahnya, kereta itu perlahan lahan mengundur.”
“Dan saya lihat wajah pencuri ini dari luar tingkap, seperti dia berkata, ‘yeaa saya dapat kereta kamu.”
Williams mendedahkan dia sempat melepaskan penumbuk ke arah pencuri yang kemudian terus segera meminta maaf kerana menyedari dia baru cuba mencuri kereta petarung UFC.
Williams juga menyatakan bahawa, dia juga sempat menyerang pencuri itu dengan lututnya sebelum pencuri itu melarikan diri.
Williams berkongsi gambar di Instagramnya mengingatkan pencuri itu bahawa dia tertinggal topi besbolnya di dalam keretanya.
Williams mengakui dia juga ada cuainya kerana meninggalkan kereta tanpa menguncinya terlebih dahulu. Dan dia berkata: “Saya belajar sesuatu daripada peristiwa ini. Namun saya benar benar berharap dapat mengajar pencuri tu satu dua pengajaran.”