Pencuri Saman Mangsa Curi Kerana Menggunakan Kekerasan Dan Gagal Kawal Kemarahan

Apa korang rasa, apabila orang pecah rumah korang dan selepas itu dia pula cuba menyaman korang kerana melakukan keganasan ke atasnya?

Kes ini pernah berlaku di Amerika Syarikat. Di mana seorang mangsa rompakan di rumahnya menerima surat guaman selepas dua tahu dia berhadapan dengan kejadian rompakan.

Pemilik rumah tersebut berdepan saman daripada pencuri kerana telah menembaknya, ketika dia cuba masuk menerusi tingkap rumah.

Mesti korang fikir, mungkin pencuri cuba menyaman tuan rumah kerana memiliki senjata api. Tidak, kerana kejadian itu berlaku di kawasan yang membenarkan pemilikan senjata api sah.

Ketika kejadian, penggera keselamatan di bahagian garaj rumah tersebut tidak berfungsi. Dan pemilik rumah menembak perompak, dan mengejarnya.  Namun pencuri itu berjaya meraikan diri.

Beberapa tahun kemudian, lelaki yang dirompak itu telah dikenakan pertuduhan di bawah akta jenayah berbahaya.

Si pencuri iaitu David Bailey, mengaku tidak bersalah di atas tuduhan mencuri dan merompak.

Dua tahun kemudian, pada 2018, dia mengambil tindakan perundangan ke atas pemilik rumah, David McLaughlin.

Peguam kepada McLaughlin berkata: “Klien saya menganggap benda ini luar biasa dan kami faham akan pertuduhan.”

“Kamu biasanya tak sangka akan ada seorang pencuri akan memutar belit keadaan dan cuba menyaman kamu kerana dia mengalami kerugian.”

“Saya anggap claim ini tak masuk akal. Di Indiana, setiap pemilik rumah ada hak untuk mempertahankan harta milik mereka, termasuk menggunakan senjata api,” tegas Pierce – yang merupakan peguam kepada tertuduh.

Menurut dokumen mahkamah: “Menurut plaintif – Encik Bailey berlari – namun dikejar oleh McLaughlin yangmengejar pencuri dengan turun sehingga ke halaman rumahnya, sedangkan kawasan itu sudah jauh daripada kawasan rumahnya.”

“Tertuduh iaitu Encik McLaughlin terus mengejarnya sehingga ke kawasan awam, dan melepaskan beberapa tembakan lagi di kawasan lapang yang gelap.”

Pencuri tersebut terpaksa melarikan diri jauh jauh dengan dikejar lelaki bersenjata.

Laporan mahkamah menyebut, si plaintif mendakwa Mclaughlin melepaskan 3 tembakan, dan tembkan ketiga terkena bahagian belakang sikunya yang menyebabkan kecacatan kekal di bahagian tersebut.

Plantif kecewa kerana McLaughlin menembaknya tanpa pertimbangan. Menurut Bailey, ketika itu McLaughlin terlalu marah dengannya dan menembak tanpa sasaran.

Bailey kemudian menyatakan, dia tidak boleh dikira pencuri kerana tak sempat lagi masuk ke dalam rumah McLaughlin.

Dia hanya berada di tingkap, ketika dia nak masuk, McLaughlin terus menyerang dan mengejarnya.

Dan selepas itu, Bailey menuntut pampasan di atas kerugian dan kecederaan yang dia tanggung.

Walaupun peguam McLaughlin menganggap pertuduhan itu tak masuk akal, namun McLaughlin tetap didapati bersalah kerana jenayah dengan kekerasan. Beliau dipenjara 60 hari dan 4 bulan menjadi tahanan di rumah / home detention.

Sumber: Telegraph

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan