Pencuri Tinggalkan Nota Terkilan Tuan Rumah Kunci Rumah Sedangkan Tiada Duit Dalamnya

Seorang pencuri telah memecah masuk rumah di India. Dan dia agak koyak dan terkilan kerana usahanya memecahkan mangga kunci rumah itu ibarat sia sia.

Pencuri tersebut memecah masuk rumah seorang pegawai kerajaan di daerah Dawas.

Di memanjat pagar dan kemudian memecahkan mangga pada pagar pintu, seterusnya memecahkan lagi tombol pintu.

Malangnya ketika masuk ke dalam rumah tersebut dia mendapati tiada duit yang banyak di serta hanya barang kemas biasa sahaja.

Ianya jauh daripada harapannya yang berharap dapat menemui sekurang kurangnya puluhan ribu ringgit dari rumah itu.

Lalu dia mengambil pen dan menulis sekeping nota untuk tuan rumah. Pemilik rumah dan keluarganya ketika itu tidak ada di rumah pada ketika itu.

Dan nota itu betulis: “Bang, kenapa kamu mengunci rumah kamu seketat ini sedangkan tiada wang di dalamnya. Kalau tak ada duit, maka tak perlukan kunci rumah sampai macam ni.”

Polis di Kortwali sudah mengambil nota itu untuk tujuan siasatan. Polis mengesahkan bahawa pencuri melarikan sekitar RM1,500 dan barang kemas.

Polis juga mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat tulisan tangan itu.

Baca yang lain