Arsenal melepaskan 3 mata berharga dalam satu lagi kunjungan ke Merseyside. Ianya lebih kepada tactical error daripada Mikel Arteta,
Arsenal mendahului dengan 1 gol di Goodison Park pada masa yang terbaik iaitu di masa kecederaan separuh masa.
Namun kemudian Mikel Arteta meminta pasukannya untuk defensif dan melengahkan tempo.
Mereka bertahan lebih ke bawah dan tidak berminat dengan high pressing.
Taktikal tersebut mungkin digunakan untuk memerangkap Everton menerusi serangan balas.
Malang sekali ianya telah memakan diri. Pendekatan pasif dengan pendahuluan yang sangat tipis sebenarnya sentiasa ada risikonya.
Namun Arsenal mulanya memiliki 3 mata. Kemudian kehilangan 2 mata, dan berakhir dengan kehilangan 1 mata menjadi 0 terus.
Benitez gunakan 4-1-4-1
Rafa Benitez melakukan pertukaran taktikal pada separuh masa kedua dengan tweak. Di mana Everton bermain dengan sistem 4-1-4-1 pada separuh masa kedua.
Ia membolehkan Richarlison yang bermain false 9 diberikan sokongan lebih kuat dengan 4 pemain di belakangnya.
Sistem ini membolehkan Doucoure menjadi enforcer yang aktif kerana beliau sangat bagus dengan bola di kakinya.
Dengan adanya unit tengah yang lebih stabil, Everton mulai menekan Xhaka dan Partey yang dilihat hilang stamina dalam perlawanan ini. Arteta memnutuskan untuk tidak membuat pertukaran walaupun dua pivotnya ditekan dengan teruk.
With the introduction of Andre Gomez, Benitez switched to a 4-1-4-1 and Arteta was cluelessly watching on waiting for a miracle.
— Mhyzter_Henry (@MhyzterHenry) December 6, 2021
Arteta selesa melihat pasukannya bertahan. Walaupun dua kali Richarlison menembusi mereka, hanya VAR sahaja yang menyelamatkan Arsenal.
Arsenal sukar untuk melakukan tugasan bertahan di tengah kerana Xhaka yang sudah menerima kad kuning. Dan seperti dinyatakan di atas, Partey juga keletihan.
Misalnya pada gol kedua Everton, Xhaka tidak boleh melakukan tactical foul sebab sudah ada kad kuning, dan unit pivot Arsenal terlalu longgar.
Tidak hairanlah apabila Partey sendiri menilai prestasinya bersama Arsenal adalah 4/10 setakat ini.
Ghana's Thomas Partey hasn't been too pleased with his performances since moving to Arsenal.
He says he'll give himself a score of 4/10 #CitiSports pic.twitter.com/JTRnHCa7ZW
— Citi Sports (@CitiSportsGHA) December 6, 2021
Partey masih tercari cari konsitensi seperti yang beliau lakukan ketika di Atletico. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa Partey pemain yang bagus. Namun dia bergelut dengan konsistensi.
Lihat average positioning Everton dan Arsenal di sini, jelas sekali Arsenal lebih defensif secara keseluruhannya walaupun memiliki penguasaan dan hantaran lebih banyak.
Akhirnya Richarlison menghukum berjaya juga Arsenal selepas 3 kali dia melakukannya. Kali ini bersih tanpa was was.
Richarlison kelihatan sangat lega selepas 2 golnya sebelum itu dibatalkan oleh VAR.
Sementara itu, taktikal Arteta sangat predictable dalam perlawanan ini. Everton mulai menumpukan untuk menghapuskan sumber ancaman daripada Bukayo Saka.
Saka menjadi sumber cross dan juga sumber kreativiti utama Arsenal. Everton mulai merantai pergerakan pemain itu dengan lebih agresif. Tetap juga Saka berjaya mencipta beberapa peluang dan cross termasuk hantaran kepada Nketiah yang sepatutnya disudahkan.
Arteta terus bergelut
Walaupun Everton mungkin bukan dari kalangan big six. Namun Arteta sekali lagi gagal untuk menang berdepan dengan pengurus yang ada reputasi besar seperti Benitez.
Arsenal sebelum ini menikmati rekod tanpa kalah yang sangat bagus. Namun karakter itu tiba tiba hilang.
Arsenal kalah daripada kedudukan mendahului, untuk kali kedua berturut turut.
Pendekatan Arsenal yang defensif dan tidak ada keinginan yang lebih untuk mendapatkan gol kedua dan ketiga akhirnya memakan diri.
Arsenal tewas di tangan pasukan yang sarat dengan krisis pada ketika ini. Termasuk krisis kecederaan, krisis pengurusan dengan penyokong dan krisis prestasi.
Everton take all three points.
🔵 2-1 🔴 (FT) #EVEARS pic.twitter.com/SKiZqJo7sR
— Arsenal (@Arsenal) December 6, 2021
Nampaknya Arsenal perlu mengembalikan semula prestasi mereka sebelum ini jika mereka mahu mengelak daripada gagal ke UCl sekali lagi musim hadapan. Ataupun sekurang kurangnya ke UEL.