Penduduk Di Brazil Ini Alu Alukan Lelaki Datang Cari Jodoh Di Kampung Mereka

Ini bukanlah kisah dongeng ataupun kisah fantasi. Tetapi benar benar wujud di satu perkampungan kecil di Brazil, ianya didiami hanya kaum wanita.

Kampung tersebut didiami kira kira 600 orang populasi dan majoritinya adalah wanita. Jadi mereka mentadbir urus pekan mereka dengan kuasa wanita.

Kampung tersebut terletak di Noiva do Cordeiro. Ramai juga wanita yang sudah berkahwin di sana, namun adat resam mereka, lelaki dan anak lelaki yang sudah berusia 18 taun – kira macam lepasan SPM la – akan meninggalkan kampung untuk mencari rezeki.

Mereka hanya berada di kampung pada hujung minggu. Kalau duduk lama sangat akan dianggap pemalas dan tidak beradab.

Salah seorang wanita bernama Rosalee Fernandes menyatakan bahawa kampung mereka sangat aman dan damai.

“Ada banyak perkara sebenarnya wanita buat lebih baik daripada lelaki. Kampung kami lebih cantik dan lebih tersusun. Dan kami lebih harmorni apabila wanita menjadi ketua.”

“Apabila ada masalah berbangkit, kami akan selesaikannya dengan cara wanita. Kamu akan mencari kata sepakat berbanding dengan mencari konflik.”

“Kami berkongsi segalanya (kecuali laki la). Termasuk tanah tempat kami mencari rezeki dan tidak ada rasa persaingan di sini. Kami semua adalah satu, dan satu untuk semua.”

“Ada sekali tu, kawan kami nak beli tv besar, semua orang tolong dia dengan tong tong duit semua. Jadi, kalau dia ada tv pun kami pun boleh tumpang sekali tengok tv besar tu.”

“Di sini, wanita tidak bergosip kerana kami perlu bekerja. Kami juga saling memanjakan antara satu sama lain termasuk bersama sama warnakan kuku, mencuci rambut dan kongsi baju.”

Menurut beliau lagi, kebanyakan wanita di kampung itu bekerja dalam sektor pertanian.

Kampung itu diteroka oleh seorang yang bernama Maria Senhorina De Lima pada 1891. Selepas dia dihalau daripada kampung asalnya kerana kesalahan kantoi melakukan hubungan sebelum kahwin. Dia bercinta dengan lelaki bukan pilihan keluarganya.

Maria juga menolak perkahwinan yang ditentukan oleh keluarganya. Dia akhirnya membuka perkampungan di situ. Lalu diikuti wanita lain yang dibuang keluarga kerana tidak mahu berkahwin dengan pilihan keluarga dan beberapa kesalahan lain lagi.

Pada 1940, seorang pastor telah berkahwin dengan salah seorang anak dara di situ dan membina gereja. Ianya menjadi titik tolak penting kepada perkembangan komuniti di situ.

Mereka mulai hidup dengan panduan agama dan juga dilarang untuk minum arak serta bergaul bebas dengan lelaki.

Selepas kematian Anisio, wanita wanita ini telah mentadbir sendiri kampung tersebut. Dan mereka mengubah beberapa peraturan yang berkaitan dengan pasangan lelaki.

Di mana mereka lebih terbuka untuk melihat wanita membawa teman lelaki dan sebagainya.

Soal jodoh

Seorang lagi wanita muda usia awal 20-an, Nelma Fernandes berkata, amat sukar untuk mereka bertemu jodoh. Kerana wanita di sana sudah terikat dengan adat tidak keluar kampung.

Mereka menunggu ada lelaki datang ke kampung mereka untuk melamar mereka. Seterusnya, Nelma berkata, mereka kebanyakkannya tidak merasai lagi erti bercinta. Kerana di kampung mereka, ketika remaja, lelaki yang sebaya dengan mereka biasanya sepupu sepapat mereka.

Kampung tersebut dianggap memiliki anak gadis yang cantik. Namun tidak ramai yang mengetahuinya. Mereka juga dikatakan anak anak gadis perempuan yang tidak bersosial ke kelab malam dan sebagainya.

Lalu wanita wanita di Noiva Do Codeiro mengalu alukan kalau ada lelaki yang mahu mencari jodoh datang ke kampung mereka. Namun mereka meletakkan syarat, lelaki tersebut haruslah terus tinggal dengan mereka. Kerana ramai yang tidak mahu meninggalkan kampung tersebut.

Nelma berkata: “Di sini, kalau jumpa lelaki pun, sama ada mereka tu laki orang ataupun ada pertalian dengan kitorang seperti sepupu.”

“Saya ni dah lebih 20 tahun tak pernah bercumbu pun dengan mana mana lelaki.”

“Kami juga sama seperti wanita lain, mahu jatuh cinta dan berkahwin. Namun pada masa yang sama kami mahu terus tinggal di sini. Itulah sebabnya kami tak keluar untuk mencari suami di tempat lain.”

Selain itu, kalau lelaki berkahwin dengan mereka, lelaki tersebut harus juga taat dengan adat resam di kampung tersebut. Hanya berada di kampung pada hujung minggu.

Mungkin lama kelamaan adat itu akan terhakis juga la kot. Tapi buat masa ini, mereka masih berpegang kepadanya walaupun sebenarnya ianya peraturan yang tidak dibukukan.

Baca yang lain