Penduduk Setempat Failkan Bantahan GP Miami Kerana Pencemaran Bunyi Daripada Kereta F1

Formula 1 dijadualkan akan meneruskan aksinya kembali ke Eropah pada minggu hadapan di Imola. Kemudian akan meneruskan aksi buat julung kalinya di Miami Grand Prix pada bulan hadapan.

Namun begitu, Formula 1 GP Miami berdepan dengan kemungkinan akan dibatalkan. Ianya selepas penduduk di Miami membantah penganjuran F1 yang dikatakan terlalu bising dan mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

Penduduk setempat malah menfailkan tindakan perundangan untuk meminta acara itu dibatalkan.

Perkara itu pastinya bukan pilihan yang mahu didengar oleh pengajur. Ini kerana Miami International Autodrome memenangi hak penganjuran acara itu buat pertama kali selepas mencuba sejak 2018.

Perlumbaan di Miami dijadualkan akan berlangsung pada 8 Mei 2022.

Kontroversi mulai timbul apabila penduduk sekitar yang tinggal berdekatan dengan litar tersebut menganggap acara itu tidak sihat dan boleh menimbulkan pencemaran bunyi.

Kini penganjur sedang dalam rangka persiapan akhir di sekitar stadium Hard Rock Cafe, lokasi tempat perlumbaan itu dianjurkan.

Penduduk di Miami Gardens, diketuai oleh Komisioner Betty Ferguson sudah memfailkan tindakan undang undang.

Akhbar tempatan Miami Herald antara yang menyatakan pendiran terbuka mereka berharap perlumbaan itu akan dihalang daripada dianjurkan sejak beberapa minggu lalu. Dan keputusan tentang perkara itu dijangka akan dicapai pada minggu hadapan.

Dalam kenyataan bersama oleh penduduk Miami Gardens bertulis:

“Tuntutan [perundangan] itu mengatakan tahap bunyi dari perlumbaan Formula Satu akan menyebabkan gangguan teruk dan kecederaan fizikal kepada penduduk Miami Garden.”

“Kami memetik anggaran impak berdasarkan pandangan pakar firma kejuruteraan bahawa acara itu akan menghasilkan bunyi sehingga 97 desibel di rumah dalam radius 2.5 batu dari stadium — serupa dengan paras bunyi yang dihasilkan oleh gergaji rantai [chainsaw].”

Formula 1 sangat terdesak mahu meluaskan pengaruhnya di Amerika Syarikat. Ini kerana di negara tersebut perlumbaan kereta seperti Indy Car dan NASCAR adalah sangat berpengaruh.

Dikatakan tuntutan tersebut diolak kerana hujah yang tidak kukuh. Selain itu para penduduk tidak pernah memfailkan bantahan serupa ke atas penganjuran Indy Car.

Walaupun tuntutan di mahkamah ke atas GP Miami ditolak, hampir pasti akan ada bantahan selanjutnya dilakukan para penduduk sekitar.