Penembak Shinzo Abe Akui Dia Hasilkan Shotgun Dengan Printer 3D

Mantan Perdana Menteri Jepunm, Shinzo Abe meninggal dunia pada Jumaat setelah ditembak menggunakan senjata buataN sendiri. Pelaku dikatakan bekas tentera.

Pemimpin pemimpin dari seluruh dunia mengucapkan takziah kepada Jepun di atas berita yang benar benar mengejutkan dunia itu.

Shinzo Abe ditembak oleh pelaku yang sebenarnya berada dari arah belakangnya.

Beberapa gambar dikongsi di media sosial menunjukkan bagaimana pelaku berada berdekatan dengan Abe sebelum melepaskan 2 tembakan.

Selepas terkena tembakan itu, Shinjo Abe terus tersungkur dan dikejarkan ke hospital berhampiran.

Abe, 67 tahun, mantan perdana menteri Jepun yang paling lama menjawat jawatan itu, ditembak saat tengah memberikan pidato di tengah tengah kempen pilihanraya umum di Kota Nara, di bahagian Selatan Jepun.

Menurut laporan media di Jepun, upacara penghormatan terakhir untuk Abe akan diadakan pada hari Isnin, dan mendiang akan dikembumikan pada Selasa.

Polis mengeluarkan laporan awal bahawa tertuduh memiliki dendam ke atas organisasi tertentu. Penembak yang bernama Tetsuya Yamagami, 41, yakin bahawa Abe adalah sebahagian daripada organisasi tersebut.

Yamagami telah mengakui menembak Abe dengan senjata buatan sendiri. Namun polis masih menyiasat sama ada senjata itu benar benar dihasilkan menerusi printer 3D seperti yang diakui oleh Yamagami.

Polis ketika ini masih menyiasat bagaimana senjata itu dihasilkan.

Perdana Menteri Jepun Fumo Kishida, mengatakan dia “tidak mampu berkata-kata”, bersumpah bahawa demokrasi Jepun “tidak akan pernah menyerah pada kekerasan”.

Dia mengatakan bahawa kempen pilihanraya akan diteruskan seperti biasa dengan kawalan keselamatan yang lebih ketat.

Polis tidak dapat memastikan motif sebenar serangan. Tetapi yang jelas, pelaku melakukan jenayah itu atas dendam politik.

Polis turut menemui sejumlah alatan peledak sehinggakan kawasan tersebut terpaksa dievakuasi. Pelaku yang sudah ditahan kini berada dalam siasatan.

Menurut laporan perubatan, tembakan itu terkena pada leher Abe dan juga di bahagian dada yang cukup dalam sehingga menembusi jantung. Doktor mengambil masa 4 jam cuba menyelamatkan nyawa Abe namun gagal.

Tetsuya Yamagami merupakan bekas Pasukan Bela Diri Maritim, atau Angkatan Laut Jepun namun Kementerian Pertahanan belum memastikan hal ini secara rasmi.

Badan penyiaran Jepun, NHK melaporkan Yamagami mengatakan kepada polis bahwa ia “tidak puas dengan Abe dan ingin membunuhnya”.

Tertuduh kini berada dalam tahanan polis. Para saksi mata mengatakan mereka melihat seorang lelaki membawa apa yang mereka gambarkan sebagai senjata besar dan melepaskan tembakan ke arah Abe dua kali dari belakang.

Tidak pasti bagaimana penembak itu tahu bahwa Abe akan hadir dalam acara kempennya di tempat tersebut, kerana kunjungan itu dibuat mengejut. Dilaporkan Shinzo Abe hanya memaklumkan kepada pegawainya tentang lawatan itu pada tengah malam sebelum kejadian.

Polis masih menyiasat sama ada Yamagami bertindak seorang diri ataupun secara berkumpulan.

Baca yang lain