Penaja penerbangan rasmi Manchester United, Aeroflot kini diharamkan di Britain. Ini setelah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Perdana Menteri Britain iaitu Borris Johnson. Pengharaman itu melibatkan larangan beroperasi di UK dan juga menggunakan laluan udara UK.
The UK is BANNING Russian aircraft from its airspace.
⁰Russian airline Aeroflot currently operates flights between Moscow and London. pic.twitter.com/pukbRBzwCi— Pete Muntean (@petemuntean) February 24, 2022
Aeroflot telah menjadi salah satu penaja Manchester United sejak 2013. Pada 2017, satu perjanjian lanjutan dimeterai yang bernilai £40 juta. Ianya akan berakhir pada April 2023 akan datang.
Menurut laporan Manchester United kini mempertimbangkan untuk tidak menyambung kerja sama dengan Aeroflot. Di mana kontrak tajaan semasa berakhir pada 2023.
CEO Manchester United, Richard Arnold ketika ini dikatakan tidak berminat untuk melanjutkan kontrak tersebut, berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Manchester United malah terbang dengan Titan Airline ketika berkunjung ke Madrid dan bukannya Aeroflot.
Perkembangan terbaru ini membawa kepada spekulasi bahawa Man United mencari rakan penerbangan rasmi yang baharu apabila kontrak 9 tahun dengan Aeroflot berakhir.
Syarikat tersebut merupakan syarikat dari Rusia. Dan peluang ini dikatakan bakal digunakan sepenuhnya oleh Qatar Airways untuk menjadi penerbangan rasmi Manchester United yang baharu selepas ini.
Walaubagaimanapun, Manchester United tidak akan menamatkan kontrak semasa dengan syarikat tersebut. Dan menegaskan bahawa Aeroflot kekal menjadi penerbangan rasmi mereka.
Dan kelab tidak mahu memberikan sebarang komen tentang situasi terbaru itu.
The Russian national airline Aeroflot remains a Manchester United sponsor and the club are not commenting on the situation at the moment. pic.twitter.com/OG1m655vDk
— Sky Sports News (@SkySportsNews) February 24, 2022