Pengacara TV Ini Minta Maaf Kerana Lawak Mengejek Michael Schumacher Yang Koma

Pengacaran TV, Antonio Lobato telah menerima kecaman hebat selepas membuat lawak yang bukan bukan tengang Michael Schumacher yang kini sedang bertarung nyawa.

Schumacher masih dalam keadaan koma selepas kemalangan ketika bermain ski pada 2013. Schumacher kini sudah lebih sembilan tahun berada dalam keadaan koma. Dan peminatnya tidak henti henti mendoakan agar keajaiban berlaku, pelumba legenda itu akan sedar.

Tetapi seorang pengcara tv telah membuat lawak yang dianggap dark dan tidak kena tempat tentang legenda F1 itu.

Antonio Lobato bertugas dalam ulasan untuk acara Grand Prix Jepun untuk DAZN di tv Sepanyol pada Ahad lalu bersama sama dengan Noemi de Miguel, Pedro de la Rosa dan Toni Cuquerella.

Lobato menuai kecaman kerana dia berkata, Michael Schumacher sahaja yang tidak boleh dalam keadaan goyang / shaking / ketakutan. Merujuk kepada legenda itu sebenarnya tidak boleh bergerak berada di atas katil rawatan.

Seorang pundit berkata: “Biarlah Adrian Newey (Red Bull engineer) kini merasa goyang sikit.”

Kemudian Lobato berkata: “Biarlah Michael sekali turut dalam keadaan goyang, ohhh, sebenarnya Michael mana boleh goyang [sebab dia tak boleh bergerak].”

Lawak itu ternyata membuatkan peminat mengecam Lobato. Dan dia kemudian terus meminta maaf dalam video berdurasi 5 minit. Dia menyifatkan dia membuat kesilapan kerana terlalu cuai.

“Saya melakukan kesilapan, namun tanpa sebarang niat jahat di sebaliknya. Ianya berlaku kerana kecuaian saya, membuatkan saya gagal menunjukkan diri saya yang sebenar [bukan seorang yang busuk hati].”

“Ianya berlaku kerana fikiran saya agak letih, mungkin sebab terlalu lama berjaga, terkandas di Madrid, dan banyak lagi – mungkin itu semua bukan alasan yang boleh diterima mereka yang tidak memahaminya.”

“Apa yang berlaku adalah, saya telah melampau batas, dan saya membuat kenyataan yang tidak terlalu bagus, tak tepat, ini tidak ok. Saya tidak berniat untuk membuat lawak seperti itu. Saya tidak berniat langsung membuat lawak tentang  Michael Schumacher, TAK!”

“Saya rasa, semua orang yang kenal saya, mereka akan tahu bahawa saya bukan seorang yang berpotensi membuat lawan tentang perkara seperti itu. Tak sama sekali! Namun kali ini ianya berlaku kerana saya agak cuai.”