Pengadil Batalkan Kad Merah Dan Berikan Kad Merah Kepada Ramos

Sergio Ramos dikenali sebagai pemain yang mesra kad merah dalam kariernya. Dan terbaru dia menerima 2 kad merah dalam satu perlawanan ketika Sevilla menentang Real Sociedad.

Sevilla menelan kekalahan 2-1 di tangan Sociedad ketika mereka dikurangkan kepada 9 pemain selepas Ramos dan Jesus Navas dibuang padang.

Marko Dmitrovic (gol sendiri) dan gol oleh Umar Sadiq memberikan Sociedad pendahuluan 2 gol. Dengan Youssef En-Nesyri berjaya merapatkan jurang gol selepas itu.

Namun berlaku insiden di mana Ramos mengasari Brais Mendez. Dia yang sudah menerima kad kuning pertama terus dilayangkan kad kuning kedua yang bermakna 1 kad merah untuknya.

VAR kemudian meminta pengadil menyemak semula keputusannya. Kerana kekasaran Ramos itu dianggap berpotensi kad merah langsung / straight red card.

Pengadil kemudian merujuk video VAR. Dan kembali ke padang. Dia membatalkan kad merah Ramos hasil 2 kad kuning itu, dan menggantikannya dengan kad merah yang baharu yang berupa straight red untuk pemain berusia 37 tahun itu.

Peminat di Twitter meletus dengan berita itu. Seorang berkata: “Macamana bro boleh dapat 2 kad merah dalam satu perlawanan. Ini klasik Sergio Ramos.”

Seorang menambah: “Apa pula yang Sergio Ramos dah buat kali ni untuk mendapat 2 kad merah dalam satu perlawanan.”

Seorang lagi berkata: “Saya tahu dia mesra kad merah, namun ini luar biasa untuk Sergio Ramos.”

Dan seorang lagi menegaskan: “Satu lagi koleksi untuk menguatkan legasi Sergio Ramos.”

Netizen lain berkata: “Bagaimana boleh seseorang itu boleh mendapat 2 kad merah dalam satu perlawanan? Serahkan kepada Sergio Ramos.”