Pengadil Dan Bale Tenangkan Zinchenko Yang Sebak Kerana Negaranya Gagal Ke Piala Dunia

Wales mengesahkan tempat ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Ukraine dalam aksi play off.

Pemain pemain Ukraine jelas sekali berasa sangat sedih dengan kekalahan tersebut.

Sebelum perlawanan separuh akhir play off, Oleksander Zinchenko menyatakan bahawa para pemain bersemangat mahu menghadiahkan rakyat mereka dekngan kelayakan ke Piala Dunia.

Zinchenko tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika sidang media perlawanan Ukraine menentang Scotland.

Dia berkata: “Setiap rakyat Ukraine mahukan satu perkara, iaitu hentikan perang ini.”

“Saya telah bercakap dengan semua orang di seluruh dunia dari negara yang berbeza, saya juga telah bercakap dengan kanak kanak Ukraine yang tidak faham apa sebenarnya berlaku di Ukraine.”

“Mereka hanya ada satu impian iaitu mahu perperangan ini dihentikan.

“Apabila tiba ke dalam konteks bola sepak, Ukraine hanya ada satu impian mereka sendiri, kami mahu pergi ke Piala Dunia. Kami para pemain mahu memberikan emosi yang luar biasa kerana Ukraine sangat berhak mendapatkannya pada masa ini.”

Namun impian Ukraine ke Piala Dunia telah dihentikan oleh Wales.

Wales menamatkan penantian 64 tahun mereka untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia.

Jaringan sepakan percuma Bale yang terbias pada Yarmolenko telah membawa negaranya ke pusingan akhir Piala Dunia,

Gareth Bale mengakui bahawa ini adalah kemenangan terbesar dalam sejarah bola sepak Wales.

Ia dianggap malam yang kejam buat pasukan Ukraine yang kini sedang bergolak,

Dengan separuh daripada pemain pasukan utama mereka tidak bermain dalam aksi kompetitif selepas negara mereka diceroboh pada Februari.

Pengadil perlawanan Mateu Lahoz dilihat telah pergi ke arah Zicnhenko dan membantu menenangkan pemain itu yang menangis sebak.

Gareth Bale turut menenangkan Zinchenko selepas tamat perlawanan.

Para pemain Ukraine kemudian pergi ke arah penyokong mereka yang hadir di dalam stadium untuk memberikan penghargaan kepada  mereka.