Pengadil FIFA Jelaskan Pengadilan Atas Beberapa Insiden Dalam Shaolin Soccer

Seoang pengadil profesional bernama William Lai meluangkan masanya untuk menganalisis beberapa insiden dalam filem Shaolin Soccer.

Beliau menjelaskan apa yang akan berlaku jika beberapa perlawanan itu menggunakan peraturan pengadilan FIFA berdasarkan Laws of the Game.

Kita tahu ini hanya filem dan fiksyen. Cuma kali ini Lai bermurah hati mahu membentangkan analisis beliau tentang beberapa insiden ini.

Lagipun ramai juga yang nak meniru aksi dalam filem ni kan? Cuma tak ada superpower je korang tu.

Ok berikut penjelasan William Lai.

Insiden merokok

Pengadil setuju bahawa kesalahan itu adalah kad kuning. Ianya tak sepatutnya diberikan lebih daripada itu atau tidak diberikan kad langsung.

Namun dalam aksi pembukaan tersebut Shaolin Soccer masih mampu menang dengan keputusan 60-0.

Lai menegaskan ada satu gol tidak sepatunya dikira kerana bola tidak melepasi garisan gol sepenuhnya. Dalam kes ini, penjaga garisan harus dipersalahkan.

Perlawanan mungkin harus berakhir 59-0.

Insiden membawa bola dengan perut

Ada satu insiden di mana pemain melarikan bola dengan perutnya. Di mana bola itu melekat.

Menurut Lai, pengadil seharusnya menghentikan perlawanan.

Soccer Run GIF - Find & Share on GIPHY

“Pemain tak boleh melarikan bola yang melekat pada baju mereka. Ianya sama dengan kesalahan menghentikan bola dengan menimpanya di atas padang. Ianya menafikan peluang kepada lawan untuk melalukan challenge dengan adil.”

“Dalam kes ini, pemain Shaolin Soccer melakukan faul dan sepakan percuma tak terus [indirect] harus diberikan kepada lawan.”

Satu lagi insiden yang serupa di mana pemain Shaolin Soccer membawa bola yang melekat pada badannya dan menjaringkan gol dengan cara itu. Ia juga salah!

Soccer Shao Lin Zu Qiu GIF - Find & Share on GIPHY

Insiden long throw

“Ketika pemain Shaolin Soccer melakukan lontaran ke dalam, ada pemain lawan yang mengekang dan mengasari mereka sebelum lontaran diambil.”

“Itu bukan penalti, namun pengadil harus cepat menghentikan seketika perlawanan dan memberikan amaran kepada pemain lawan.”

“Pada masa yang sama, lontaran ke dalam itu tak sah, kerana pemain yang melakukan lontaran ke dalam perlu meletakkan kedua dua kaki di atas padang ketika melontar.”

“Pengadil harus memberikan lontaran ke dalam kepada pasukan lawan, kerana kesalahan itu.”

Insiden putaran puting beliung yang dilakukan pemain Shaolin Soccer juga akan dikenakan foul di dalam pengadilan FIFA.

“Sebarang pemain yang cuba melakukan aksi yang boleh memudaratkan keselamatan pemain lawan, ianya adalah satu kesalahan.”

Gol terus daripada balingan keeper

“Ini satu lagi gol yang harus dibatalkan. Penjaga gol membaling terus bola ke arah pintu gol pasukan Dragon.”

“Gol tidak boleh dijaringkan dengan cara penjaga gol membaling terus ke arah jaring lawan. Ini kerana bola itu dilepaskan oleh tangan, walaupun dari penjaga gol.”

“Dalam situasi ini, pengadil harus mengarahkan ‘re-taken’.”

Rembatan berturut-turut ke arah penjaga gol

William Lai menegaskan bahawa, ada dua insiden di mana penjaga gol Shaolin Soccer berdepan dengan rembatan berturut-turut yang banyak.

Sebenarnya, kesemua pemain yang melakukan rembatan selepas rebound adalah ofsaid. Ini kerana tiada pertahanan ketika bola itu kembali kepada mereka.

Pada final, pengadil sekali lagi membenarkan aksi seperti itu berlaku ketika Shaolin Soccer berhadapan dengan Team Evil.

Lihatlah wajah penjaga garisan yang sangat tenang.

Nah korang tengok kembali detik ni, setan Stephen Chow lari macam tu je.

Selain itu terdapat juga pemain yang menukar bola menjadi bebola api. Perlawanan seharusnya dihentikan.

Di mana, kesalahan itu sama sahaja dengan bola yang kurang angin ataupun pecah. Pengadil FIFA akan memastikan bola cukup tekanan angin.

Pengadil juga tidak sepatutnya meneruskan perlawanan selepas tiang gol rosak. Mereka perlu menunggu tiang gol dibaik ataupun tiang gol baru dipasang.

Insiden merembat bola ke muka keeper

Lai menganggap ini sebagai kesalahan mudarat dan boleh dikenakan kad merah.

“Pengadil seharusnya memberikan kad merah kepada pemain yang dengan sengaja merembat bola ke muka pemain lawan.”

“Ini bukan lagi satu foul play, ianya sudah pada darjah keganasan melampau ke atas lawan.”

Lai juga menjadikan contoh pada 2013, Sir Alex Ferguson mengamuk ketika Robin Van Persie dirembat oleh Ashley Williams. Di mana Alex Ferguson menganggap RvP boleh terbunuh kerana kelakuan seperti itu.

Namun dari sudut positif, pasukan Shaolin Soccer masih lagi tak bolos pada ketika itu.

Bagi pemain yang sengaja mahu menghantuk pemain lawan, ianya adalah kesalahan kad merah.

Insiden mengambil kad pengadil dan menyembunyikannya. Ia dianggap kesalahan berat. Ini termasuk mengetuk kepala pengadil. Kesalahan straight red.

Bermain 7 pemain akan tersingkir?

Dalam aksi final, Pasukan Shoalin Soccer hanya bermain 8 pemain. Lai menyatakan ianya tidak melanggar peraturan. Kerana Laws of the Game membenarkan sekurang-kurangnya 7 pemain di atas padang.

“Pengurus pasukan dan pengadil melakukan kesilapan ketika itu. Di mana mereka menyatakan Shaolin Soccer akan kalah kalau hilang seorang lagi pemain [menjadi 7].” (cilaker uncle Ng Man Tat).

Penjaga gol Shoalin Soccer juga boleh dikenakan kad kuning kerana menggunakan telefon bimbit.

“Pemain adalah dilarah menggunakan sebarang alat komunikasi di atas padang, ataupun di tempat duduk teknikal.”

Berkenaan dengan penggantian penjaga gol ketiga di mana Mui masuk ke padang — dengan gaya ala Fabien  Barthez, Lai berkata, tiada masalah asalahkan ada nama beliau didaftarkan.

Namun tak pastilah, ada ke tak mereka daftarkan.

Lai merasakan, Mui melakukan kesalahan handling bola lebih 6 saat ketika beliau memusingkan bola di jarinya, kira-kira 45 saat.

Lebih teruk bagi team Evil, mereka kalah kerana build up ini yang membawa kepada gol kejuaraan Shaolin Soccer.

Gol kejuaraan itu juga sebenarnya tak sah kerana, tiang gol tumbang.

Lai berkata:”Tak gol, kerana tiang gol rosak sepenuhnya. Bola gagal memenuhi syarat gol di mana keseluruhan bola harus melepasi garisan gol, di antara tiang gol dan palang gol. Skor patut kekal 0-0.”

Lai kemudian bergurau menyatakan: “Perlawanan final itu tak ada pemenang lagi. Oleh sebab itu kita sebagai peminat  filem dan bola sepak mahukan rematch dan sekuel filem ini.

Apapun ini antara filem terbaik sepanjang zaman untuk genre bola sepak. Ada lagi ke tak pernah tengok movie ni?

Nah tinggalkan dengan lagu ni:

Sumber: SCMP

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil