Pengadil FIFA Maut Kerana Serangan Negara Haram

Pengadil FIFA dari Palestin, Hani Mesmeh telah terkorban dalam serangan tentera negara haram ke atas rumahnya. Mesmeh terperangkap dalam serangan tersebut.

Abubaker Abed melaporkan bahawa, Hani Mesmeh cedera parah selepas rumahnya dibedil tanpa sebab di Deir al-Balah.

Laporan sama menyebut, adalah mustahil untuk Hani Mesmeh boleh hidup selepas tragedi itu kerana serangan itu sangat dahsyat.

Kedaaan diburukkan lagi oleh kekurangan peralatan dak kemudahan perubatan di tempat tersebut juga menjadi salah satu sebab kenapa Hani tidak dapat diselamatkan.

Ini kerana, hospital ketika ini menampung jumlah pesakit dan mangsa serangan yang sangat ramai. Dengan sekatan yang dikenakan oleh negara haram.

Hani Mesmeh antara individu yang terlibat dalam bola sepak yang sudah lama terputus pekerjaan kerana pergolakan yang berlaku. Ianya seolah olah masih tiada penamatnya.

Dia dianggap antara pengadil muda yang berbakat dan berpotensi besar. Sebab itulah dia berjaya mendapatkan lencana FIFA dalam bidang pengadilan pada usianya sangat muda.

Peminat bola sepak menyatakan rasa simpati mereka ke atas apa yang menimpa Hani Mesmeh. Dan berharap FIFA mengambil tindakan tegas ke atas negara haram tersebut.

Ini termasuk menggantung mereka daripada bermain dalam perlawanan atau pertandingan di bawah seliaan FIFA.

Seorang peminat berkata: “Kamu sedang melihat kan FIFA? Tetapi kamu sengaja butakan dan pekakkan diri kamu.”

Seorang lagi menulis: “Saya sangat pasti FIFA pengecut ini akan berdiam diri dan mengemaskini benda lain untuk mengalihkan perhatian apabila tiba kepada puak itu.”

Mereka mempersoalkan kenapa FIFA tidak mengambil tindakan yang sama mereka kenakan ke atas Rusia sebelum ini? Selektif?