Pengadil EPL yang sebelum ini tular videonya menyatakan dia benci Liverpool dan Jurgen Klopp, David Coote telah dibuang daripada tugasannya serta merta.
Coote membuat kenyataan yang dianggap tidak profesional selaku pengadil EPL. Dalam video tersebut, yang berlaku ketika pandemik.
“Liverpool kelab sial, dan kami semua benci dengan Scousers [bangsa Liverpool],” kata Coote dalam video itu.
Coote memberikan amaran kepada rakannya dalam video itu untuk tidak menyebarkan video tersebut. Dengan seorang lelaki berkata, mereka tidak bodoh menyebarkan video itu kerana ianya boleh membuatkan karier Coote berakhir.
PGMOL telah menggantung sementara Coote daripada tugasannya dan dia masih lagi disiasat.
David coote ladies and gentlemen pic.twitter.com/WDHc36a7Mn
— Josh (@Josh97LFC) November 11, 2024
Penyokong Liverpool mulai mengungkit balik beberapa siri keputusan pengadilan Coote yang dianggap berat sebelah melibatkan Liverpool.
Antaranya dia tidak melayangkan kad merah kepada Leon Bailey baru baru ini. Sebelum ini dia tidak memberikan sebarang kad kepada Jordan Pickford yang mengasari Van Dijk sehingga pemain itu mengalami kecederaan ACL.
Satu insiden berlaku melibatkan aksi Liverpool dan Arsenal, Coote tidak memberikan penalti kepada Liverpool. Di mana William Saliba sendiri percaya Odegaard memang handball dan Liverpool patut dapat penalti.
Coote yang sudah melihat video viral itu dikatakan tidak membuat penafian bahawa video itu fake. Dia turut tidak meminta untuk meneliti balik video itu untuk mengingati insiden itu. Bermakna memang dia adalah orang dalam video itu.
UPDATE: Top Premier League referee David Coote, is understood to have accepted the viral video in which in which he appears is genuine. However, it is believed he does not recall the content of the discussion, recorded several years ago. https://t.co/WzVERalAaQ
— Darren Lewis (@MirrorDarren) November 11, 2024
Coote kini berdepan dengan hukuman lebih berat. Kerana menunjukkan kebenciannya kepada sebuah pasukan dengan jelas.
Peminat bola sepak turut menyatakan: “Lebih gila dia membenarkan seseorang merakam dia berkata begitu, di mana akal mamat ni.”
PGMOL kemudian menggantung Coote daripada tugasan untuk memberikan ruang kepada mereka menyiasat insiden itu.
Coote menegaskan dia sentiasa menjunjung integriti. Video tersebut tidak menggambarkan langsung profesionalismenya.
“Saya menyangkal sekerasnya tuduhan tidak berasas ke atas saya. Perkara yang berkaitan dengan kehidupan peribadi saya tidak sesekalib mempengaruhi keputusan saya di atas padang. Saya sentiasa menjunjung integriti dalam perlawanan, mengadili perlawanan dengan sempurna dengan kepakaran yang saya ada,” tegas Coote.
Coote kemudian menyalahkan orang yang menyebarkan video tersebut yang sepatutnya menjadi perkongsian antara rakan rakan menurutnya.
Bekas pengadil, Mike Dean kecewa dengan Coote yang menyalahkan orang lain atas perbuatannya sendiri yang menyedari memang rakannya mahu merakamnya namun masih juga dia gagah mengeluarkan kata kata yang boleh meletakkan kariernya dalam bahaya.
Namun alasan Coote itu tak diterima. Kerana dia dengan terang menyatakan kebenciannya kepada orang Liverpool dan pasukan Liverpool. Di mana pasukan tersebut bermain di dalam liga yang diadilinya.
Selain daripada insiden tersebut, Coote juga tertangkap menghisap serbuk berwarna putih ketika bertugas dalam Piala Dunia 2022 yang lalu. Insiden tersebut juga menjadi sorotan media.
BREAKING: Referee David Coote sacked by PGMOL with immediate effect 🚨 pic.twitter.com/f2dKaFM0zr
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) December 9, 2024