Pengadil Ini Tersungkur Terkena Rolling Thunder — Dianggap Teknik Paling Sukar Dan Menakutkan Dalam MMA

Rolling thunder adalah merujuk kepada gerakan yang dilakukan dengan petarung MMA akan melipat lawan mereka dengan kaki ala scorpion kick dalam keadaan bergulung.

Petarung MMA Luis Gonzalez cuba melakukan gerakan pemusnah tersebut ke atas lawannya, malangnya, kakinya singgah di kepala pengadil.

Luiz Gonzalez mewakili Mexico bertarung dengan petarung dari Ireland, Lewis Byrne pada Khamis lalu dalam acara MMA Super Cup.

Dalam pusingan separuh akhir, Gonzalez cuba mendapatkan kemenangan segera dengan teknik yang dianggap antara paling menakutkan dalam MMA. Ini kerana impaknya sangat dahsyat.

Petarung yang digelar sebagai The Assassin itu menggulungkan badannya dengan darjah kesukaran yang sangat sukar, cuba mengenakan rolling thunder ke atas Byrne.

Malangnya, pengadil pertarungan, Mandhardt berada di kedudukan di mana dia pula yang ‘menyambut’ rembatan itu.

Akibat terkena rolling thunder itu, pengadil terus tersungkur, dan dia pula yang KO. Semua yang berada di tepi gelanggang itu terkejut dan terus membantu Manhardt.

Namun apa yang menarik, Mandhart disahkan cergas untuk meneruskan pengadilan pertarungan itu. Mereka turut memuji tahap kecergasan pengadil MMA tersebut yang dianggap luar biasa.

Bukan mudah untuk seseorang yang baru menerima gerakan pemusnah rolling thunder itu untuk meneruskan kerja dan kehidupan mereka seperti biasa pada hari yang sama.

Dalam keputusan akhir, Gonzalez tewas di tangan Byrne dengan kiraan mata. Sekaligus pertarung Mexico itu gagal ke final.

Peminat MMA bagaimanapun menganggap submission yang cuba dilakukan Gonzalez itu sebagai clean strike walaupun terkena kepada orang yang salah.

Ini kerana menurut pakar MMA, rolling thunder merupakan gerakan pemusnah yang paling sukar untuk dilakukan.

Saksikan detik itu di sini:

Pada 2019, Davy Gallon pernah memenangi pertarungan dengan KO menerusi teknik rolling thunder ini berdepan dengan veteran UFC – Ross Pearson.

Pengulas pertarungan sangat terkejut dan teruja melihat petarung dari Perancis itu melakukan teknik itu dengan sempurna pada pusingan ketiga.

Adakah korang setuju bahawa rolling thunder ini teknik paling sukar dan antara yang paling mengerikan impaknya?

BACA JUGA: [VIDEO] Atlet MMA Ini Meronta, Menangis Kesakitan Selepas Disepak Di Telurnya

Atlet menangis pada akhir persaingan adalah benda yang biasa kita tengok. Sama ada menangis gembira ataupun menangis sedih.

Tapi kali ini adalah tangisan yang menyakitkan teramat sangat dari lubuk hati yang paling dalam,

Seorang petarung MMA menangis meraung dan teresak-esak di atas lantai gelangang setelah terkena sepakan berputar / spinning kick di bahagian telurnya.

Ia dianggap pemusnah paling kejam ke atas seorang lelaki, tak kiralah mereka petarung MMA ataupun komando elit sekalipun.

Mungkin ada (terutamanya lelaki) yang tak sanggup melihat aksi ini walaupun ianya tidak melibatkan detik yang sangat gore.

Peter Stanonik berada di pusingan kedua pertarungannya menentang Raymond Daniels pada acara Bellator 245 di Connecticut malam 11 September.

Stanonik dilihat tidak dapat bangun ataupun terbaring mahupun duduk kerana mencari posisi yang selesa.

Dia hanya mampu merangkak dan meronta ronta dalam tangisan kesakitan.

Tidak pernah sekali petarung 32 tahun menyangka pusat sumber zuriatnya itu akan dirembat orang pada malam itu.

Pertarungan dibatalkan, Stanonik menang

Dengan sepakan ke sarang telurnya, maka pertarungan itu dibatalkan.

Namun pihak bellator mengesahkan sepakan itu bukan disengajakan dan Daniels tidak akan dikenakan hukuman lanjut. Cukuplah dengan menamatkan pertarungan kerana foul dan kemenangan diberikan kepada Stanonik.

Stanonik mengambil masa 5 minit untuk bangkit dan keluar daripada kemuncak kesakitan yang dialaminya.

Harus diakui Daniels yang berusia 40 tahun bertarung dengan sangat baik pada usianya. Namun tetapi peraturan adalah peraturan.

Siapa sangka pertarungan itu berakhir dengan tangisan penuh kesakitan seorang lelaki.

Dalam wawancara setelah pertarungan, Daniels menyatakan simpatinya terhadap lawannya, dan menjelaskan dia tidak akan sengaja menendang seseorang di pangkal paha yang dilarang dalam MMA.

Daniels hanya mampu mendoakan Stanonik baik baik sahaja.

Dia berkata: “Saya harap lawan saya Peter baik-baik saja, jelas saya tidak pernah bermaksud ataupun sengaja memukul sesiapa pun dengan pukulan rendah yang memudaratkan.”

“Setiap kali saya menjatuhkah atau mengalahkan seseorang, saya harap mereka baik-baik saja, jadi saya harap dia baik-baik saja. Jelas bukan bagaimana saya mahu pertarungan itu berlanjutan. Saya ada pengakhiran yang sama sekali berbeza.”

Daniels juga menyatakan tahun 2020 ni memang pelik termasuk kepada dirinya. Tidak pernah sekali perkara itu berlaku dalam hidupnya.

“Ini pertama kalinya ia benar-benar berlaku.”

“2020 adalah tahun seperti itu, tahun gila. Saya biasanya tidak pernah terlepas sepakan saya seperti itu.”

Baca yang lain