Pengadil Kata Kuning, VAR Kata Merah. Titik Perubahan Palace lwn Arsenal

Mikel Arteta bertandang ke Selhurst Park dalam misi mencari kemenangan ke-3 berturut-turut. Perkara yang lebih 2 bulan Arsenal gagal lakukan.

Menurunkan kesebelasan mempunyai 5 pemain yang lebih menyerang, perkara yang ingin dilihat oleh pengurus kelahiran Sepanyol ini adalah momentum pasukan tidak tergelincir.

Kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan jarak 1 mata, sebarang kemenangan antara satu sama lain boleh mejarakkan Crystal Palace 4 mata dihadapan atau Arsenal memintas pasukan itu.

Arsenal menguasai perlawanan pada separuh masa pertama terutamanya pada 20 minit awal permainan.

Ia mungkin permainan terbaik Arsenal sejak sekian lama, ditambah dengan gol kerjasama berkumpulan yang dasyat.

Jaringan itu muncul pada minit ke-10 hasil gabungan 18 hantaran dan link up antara Ozil, Lacazette dan Aubameyang. Power dia orang ni.

Pepe mendapat kad kuning kerana melakukan baby stamping ke atas pemain lawan. Secara keseluruhan ia merupakan separuh masa pertama yang cukup baik bagi The Gunners tetapi ia mungkin tidak cukup.

Separuh masa kedua bermula dengan banyak kekasaran berlaku, Palace lebih bersemangat untuk mencari jaringan.

Pada minit ke-53 percubaan dari Jordan Ayew yang menghasilkan brutal deflection memberi gol penyamaan kepada skuad Roy Hodgson.

https://twitter.com/gifGoals_/status/1215993341512503296?s=20

Ia boleh dikatakan messy goal dan pertahanan Arsenal sepatutnya boleh melakukan tugas dengan lebih baik.

Sama ada Leno atau Luiz, mereka seharusnya mampu deal bola tersebut dengan lebih baik, ia merupakan kesalahan tipikal pasukan ini.

Titik perubahan besar berlaku pada minit ke-64 rentetan dari bentesan buruk dilakukan oleh Pierre Aubameyang ke atas Max Meyer.

Pada mulanya pengadil hanya melayangkan kad kuning atas kesalahan itu bagaimanapun ditukar kepada kad merah selepas merujuk VAR.

#VARout jerit segelintir penyokong Arsenal kat kedai mamak Presint 8. Tetapi ia jelas kesalahan kad merah yang perlu diterima.

Anda rasa VAR silap?

Selepas itu Crystal Palace menggunakan kekurang 1 pemain Arsenal dengan mengawal permainan.

1 percubaan yang diselamatkan di atas garisan oleh pertahanan Arsenal dan 1 percubaan mengenai palang oleh Pepe mewarnai perlawanan selepas itu.

Secara keseluruhan ia mungkin mengecewakan peminat Arsenal, tetapi dapat mengekalkan keputusan 1-1 dengan 10 pemain ketika permainan Arsenal semakin buruk sudah agak baik.

Walaupun Arsenal hanya mencatat keputusan seri, dengan kehadiran Arteta kelihatan pasukan ini kembali menemui sentuhan untuk mengejar sekurang-kurang slot ke UEFA Europa League.

Baca yang lain