Pengadil Kecewa Pulisic Suruh Mereka ‘Celebrate’ Sekali Dengan Uruguay Kerana Tolong Pasukan Itu Menang

Emosi memuncak bagi pasukan kebangsaan Amerika Syarikat selepas mereka tewas 1-0 kepada Uruguay pada Isnin di Stadium Arrowhead pada aksi Copa America 2024.

Kapten mereka, Christian Pulisic antara pemain yang benar benar kecewa dengan apa yang berlaku.

Kekalahan itu bukan sahaja menghapuskan AS daripada Copa América – menjadikannya negara tuan rumah pertama yang tidak mara melepasi peringkat kumpulan – tetapi permainan itu dicemari oleh pengadilan kontroversi, termasuk keputusan pengadil untuk terus kekal memberikan gol tunggal Uruguay, yang kelihatan ofsaid .

Selepas wisel penamat, bintang A.S. Christian Pulisic menghampiri ketua pengadil, Kevin Ortega, dan memintanya “datang ke tengah” padang di mana pemain pemain Uruguay berada.

Pulisic meminta pengadil untuk menyertai sekali keraian kemenangan oleh pemain pemain dan staf kejurulatihan Uruguay.

Tindakan Pulisic itu benar benar mengecewakan pengadil.

@axello_tacts

Pulisic mengarahkan pengadil agar menyertai pemain pemain Uruguay meraikan kemenangan. Ianya selepas pengadil membuat keputusan kontroversi membenarkan gol Uruguay yang menyingkirkan USA daripada Copa America

♬ fyp in kane – 𝘼𝙢𝙚𝙡𝙡 ✪

Pulisic kemudian terus berjalan ke arah pegawai perlawanan untuk berjabat tangan dan Ortega menolak untuk berjabat tangan dengan pemain itu. Di mana Ortega memberikan isyarat kecewa dengan tindakan pemain tersebut yang dianggap tidak profesional.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa Ortega tersinggung dengan tindakan Pulisic, yang boleh dianggap sebagai Pulisic menyatakan bahawa pengadil harus meraikan kejayaan dengan pasukan Uruguay untuk peranan pentingnya dalam kemenangan mereka.

Ini bukan kali pertama Ortega berada di tengah-tengah kontroversi. Pada 2022, di Copa Libertadores, Ortega telah dikritik kerana memberikan Boca Juniors dengan penalti kontroversi. Selepas perlawanan itu, polis Bolivia menjumpai jersi Boca Juniors di gerai Ortega.

Namun Ortega menafikan dia seorang yang pilih kasih dan menyokong Boca Juniors. Sebaliknya ia sudah biasa berlaku kepada pemain pemain yang menang akan memberikan pengadil jersi.

Ortega ialah seorang warga Peru yang telah menjadi pengadil antarabangsa untuk FIFA sejak 2019. Sebelum itu, beliau pernah menjadi pengadil di Divisi Primera Peru selama empat tahun.

Prestasinya pada Copa America kali ini benar benar dipersoalkan oleh ramai.

Walaupun ramai peminat mengecam Ortega, peminat AS tetap mengkritik prestasi pasukan AS pada kali ini yang dianggap sangat mengecewakan walaupun memiliki ramai bintang yang bermain di liga utama Eropah.