Pengadil LaLiga Buat Kelakar, Tertiup Wisel Penamat Awal Kemudian Suruh Pemain Masuk Balik Sambung Permainan

La Liga merupakan liga elit di dunia, dan menjadi rujukan kepada Liga Super Malaysia dalam banyak perkara.

Namun ianya tidak lepas daripada kekelakaran di atas padang. Satu insiden pelik berlaku dalam akasi Sevilla dan Granada. Di mana pengadil meniup wisel panjang menamatkan perlawanan.

Para pemain seperti biasa, mereka pun masuk ke bilik persalinan, ada yang sudah membuka baju dan kasut pun ada.

Namun kemudian dia mendapati dia meniup seminit awal daripada sepatutnya. Pemain pemain Granada agak bengang kerana merasakan perlawanan ditamatkan lebih awal daripada sepatutnya.

Di mana masa kecederaan diberikan 4 minit, namun pengadil menamatkan perlawanan minit ke-93.

Menurut IFAB, masa kecederaan adalah masa minimum untuk permainan dimainkan. Dan pengadil boleh menambah masa kecederaan berdasarkan penilaian dan budi bicara.

Ketika pemain tengah berkira kira nak mempersiapkan diri nak balik, tiba tiba mereka dipanggil masuk semula oleh pengadil untuk menyambung perlawanan yang berbaki seminit.

Ketua pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea telah meminta bantuan pegawai perlawanan dan mereka yang ada di situ untuk memaklumkan kepada kedua dua pasukan di bilik persalinan.

Beberapa pemain dilihat terpaksa memakai semula jersi yang sudah dibuka. Dan ada yang terpaksa memakai semula kasut boot mereka.

Pengadil menjelaskan kepada para pemain beliau tidak sengaja meniup wisel awal.

Paling menarik ada pemain yang sudah bertukar jersi terpaksa meminta semula jersi itu buat sementara untuk digunakan menyambung aksi.

Pemain agak pelik dengan apa sebenarnya yang berlaku. Setelah perlawanan disambung tidak ada yang dramatik berlaku. Dan perlawanan kekal 2-1 memihak Sevilla.

Seorang wartawan sukan di Sepanyol menganggap tindakan Ricardo itu sebagai memberikan malu kepada La Liga di mata dunia.