Kapten Inter Miami CF Lionel Messi mendapat permintaan luar biasa selepas kemenangan 1-0 pasukannya di Sporting Kansas City pada hari Rabu. Di mana pengadil perlawanan meminta jersinya.
Jersi Messi boleh dikatakan paling dicari dalam bola sepak dunia, dengan pemain dan peminat di seluruh dunia berminat untuk mendapatkannya.
Pada hari Rabu, pengadil Mexico, Marco Antonio Ortiz Nava yang menghampiri pemenang Piala Dunia 2022 di atas padang selepas wisel penamat untuk meminta jersinya.
Messi, yang bermain sepanjang 90 minit dan menjaringkan gol tunggal pada pusingan pertama Piala Juara-Juara Concacaf, telah memberikannya.
The Mexican referee Marco Ortiz went straight to ask for Lionel Messi's shirt after the end of the match 👕
Owning Messi shirt is now the biggest flex out there 😮💨🐐 pic.twitter.com/vAgD89hHpi
— MC (@CrewsMat10) February 20, 2025
Namunn Ortiz Nava, 36, terpaksa menunggu untuk mendapatkan baju berharga itu kerana Messi bersetuju untuk memberikan jersi itu sebaik sahaja berada di dalam bilik persalinan dan atas alasan yang munasabah.
Pengadil tidak mahu integritinya dipersoalkan kerana mengagumi pemenang 8 Ballon d’Or itu.
Ramai peminat menganggap Messi adalah ikon luar biasa dan sesiapa sahaja mengaguminya.
Namun ada juga mempersoalkan adakah pengadil memberikan layanan berbeza kepada Messi di atas padang, memandangkan dia mahukan jersi pemain itu.
A referee asked Lionel Messi for his jersey after officiating his Inter Miami match in the Concacaf Champions Cup.
Messi obliged and gave the official his valuable jersey, sparking concerns of integrity and favoritism towards the superstar.
— Front Office Sports (@FOS) February 20, 2025
Ikon Argentina itu kembali beraksi pada hari Sabtu apabila Inter Miami melayan kunjungan New York City FC dalam perlawanan pembukaan MLS mereka.
Messi dianggap GOAT dalam bola sepak selepas memenangi segalanya di dalam kariernya termasuk Piala Dunia. Dia juga merupakan pemain paling banyak Ballon d’Or dalam sejarah.