Pengadil Terpaksa Dipujuk Kerana Menangis Depan Zlatan Dan Rakannya

Jika anda rasa anda mengalami hari yang sukar di tempat kerja, fikirkan pula nasib yang akan menimpa Marco Serra. Pengadil yang melakukan kesilapan tidak memberikan advantage kepada Milan pada masa kecederaan dan kemudian membuatkan AC Milan kalah.

Pengadil Serie A menjadi tajuk utama akhbar di Itali kerana kesilapan yang menyebabkan AC Milan kehilangan tiga mata ketika menentang Spezia. Ditambah pula dengan situasi AC Milan yang bersaing kejuaraan Serie A dengan musuh sebandar Inter Milan.

Pada masa kecederaan selepas 90 minit di San Siro dengan Milan memerlukan tiga mata untuk mendahului Inter Milan di puncak Serie A. Milan ketika itu pada kedudukan seri 1-1.

Ante Rebic mendapat bola namun dia tersandung kerana ada kekasaran daripada pertahanan lawan. Tetapi bola itu bergolek kepada Junior Messias, yang menyudakan bola dengan cemerlang ke top corner dengan teknik lencongan padu pada minit ke-90+2.

Bagaimanapun, ketika Milan hendak meraikan kemenangan lewat, mereka Serra telah meniup wiselnya.

Pemain Milan benar-benar marah – sehingga ada yang memegang kepala pengadil tanda mereka minta penjelasan.

Serra telah menyedari kesilapannya dan mengangkat tangannya untuk meminta maaf kepada penyokong Milan. Dia tahu kesilapan yang dia lakukan dengan tidak memberikan advantage.

Serra mungkin berharap bahawa Milan akan menjaringkan gol daripada sepakan percuma yang terhasil daripada foul tersebut untuk mengelakkan rasa malunya.

Sepakan percuma ditepis penjaga gol. Pada situasi sepakan penjuru, penjaga gol sekali lagi melakukan save yang cemerlang.

Keadaan menjadi lebih dramatik apabila Spezia melakukan serangan balas dan menjaringkan gol pada lewat perlawanan minit ke-90+6.

Korang boleh saksikan detik dramatik itu dalam rangkuman perlawanan aksi antara AC Milan dan Spezia di sini:

Stefano Pioli mengesahkan bahawa pengadill telah berjumpa dengannya dan juga para pemain di bilik persalinan untuk meminta maaf.

Selain itu, terdapat laporan yang menyatakan bahawa pengadil berusia 39 tahun itu menangis di hadapan Zlatan Ibrahimovic dan rakan rakannya sambil meminta maaf.

Melihat pengadil yang menangis, Zlatan dengan 4 atau 5 pemain AC Milan terpaksa memujuk pengadil tersebut ketika di terowong. Mereka melihat keikhlasan pengadil mengakui kesilapannya.

La Gazzetta dello Sport kemudian melaporkan bahawa Serra kini bakal berdepan ‘penggantungan panjang’ kerana kesilapannya.

Selain daripada kesilapan tidak memberikan advantage itu, Serra turut melakukan kesilapan tidak memberikan Milan penalti pada separuh masa pertama walaupun sudah merujuk VAR.

Jawatankuasa Pengadil Serie A turut mengeluarkan permohonan maaf kepada AC Milan.

Walaupun dia mungkin akan digantung kerana kesilapannya, diharap Serra boleh bangkit semula dan akan menjadi pengadil yang lebih baik selepas ini.

Stefano Pioli enggan menjadikan pengadil sebagai kambing hitam kekalahan mereka. Kerana menurutnya selain daripada kesilapan pengadil, Milan juga harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjaringkan lebih banyak gol terutama sekali pada separuh masa pertama.

Pioli mengakui dia sangat kesal dan sedih untuk kalah seperti itu. Di mana Milan membenarkan lawan mereka mencipta banyak momen dalam perlawanan ini.

Kekalahan ini meletakkan AC Milan 2 mata di belakang pendahulu Inter Milan dalam carta Serie A.

AC Milan selepas ini akan berdepan dengan Juventus. Aksi yang dianggap ujian sebenar kepada kredibiliti mereka selaku pencabar kejuaraan.

Milan musim lalu terlepas kejuaraan kepada AC Milan selepas bergelut pada separuh kedua musim.

AC Milan pastinya mahu menamatkan kemarau kejuaraan Serie A di kelab mereka. Terutama sekali ketika Juventus yang tidak berada dalam prestasi terbaik dalam dua musim ini.

Baca yang lain