Pengadil Thailand Digantung Seumur Hidup Sebab Rasis Cakap Orang Itam

FA Thailand telah menghukum seorang pengadil yang rasis di Thailand kerana kata kata rasis. Pengadil bernama Somsak Phusomok telah melakukan kesalahan itu ketika mengadili perlawanan divisyen ketiga antara Pluak Daeng Utd vs Prachinburi City pada 29 Oktober 2023 yang lalu.

Pengadil telah berbalah dengan pemain kacukan Thailand – Ghana iaitu Abdul Qadiri Hamit yang berusia 22 tahun. Pemain itu bermain untuk Prachinburi City Club.

Somsuk memanggil Qadiri dengan beberapa steretaip rasis termasuk itam. Yang merujuk kepada warna kulit pemain itu. Tindakan itu membuatkan Qadiri benar benar marah dan kecewa dengan pengadil.

Prachiburi telah membuat aduan rasmi dengan bukti lengkap menunjukkan pengadil itu rasis. Dan menurut peraturan di bawah perturan etika profesional atlet 2017 yang dirombak semula pada 2022, seksyen 1 – pengadil didapati tidak menunjukkan sikap profesional dalam tugasannya.

Menurut laporan Siam Sports, dia turut disabitkan dengan sekurang kurangnya 5 lagi kesalahan lain termasuk kelakuan rasis yang menyinggung serta tidak menjaga sensitiviti kaum yang berbilang bangsa.

Oleh kerana kesemua kesalahan itu digabungkan, maka dia dikenakan larangan seumur hidup daripada mengadili sebarang perlawanan yang dianjurkan atau diselia oleh FA Thailand.

Ianya satu tindakan yang jelas tidak boleh diterima oleh FA Thailand. Kerana negara itu benar benar melarang sama sekali kelakuan rasis di kalangan rakyat mereka.

Peminat bola sepak Thailand tidak percaya dengan apa yang berlaku. Kerana menurut mereka pengadil itu sendiri berkulit gelap.