Pengadil, Antonio Mateu Lahoz, yang dikritik oleh Lionel Messi dan Emiliano Martinez, sudah diberitahu bahawa dia tidak akan mengendalikan baki empat perlawanan Piala Dunia 2022.
Menurut laporan COPE, Lahoz telah kembali ke Sepanyol selepas dia diberitahu FIFA bahawa tugasannya sudah berakhir. Ini bermakna Lahoz tidak akan ditugaskan untuk memimpin baki empat perlawanan di Piala Dunia 2022.
🚨 Mateu Lahoz has been sent home and will no longer referee at the World Cup.
(Source: @carrusel) pic.twitter.com/T7xkk5M2ow
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) December 12, 2022
Kritikan keras ke atas Lahoz berlaku selepas perlawanan antara Argentina vs Belanda. Messi antara pemain yang mengkritik pengadil dari Sepanyol itu.
Messi benar benar tak suka dengan prestasi Lahoz dan meminta FIFA mengkaji kedudukan pengadil itu serta merta kerana tak cukup bagus dan teruk, menurut beliau.
“Saya tidak akan mengulas mengenai pengadil kerana mereka tak akan memberi kebenaran tetapi orang ramai boleh melihat apa yang berlaku.”
“Saya rasa FIFA patut menyelesaikan perkara ini, mereka tidak boleh meletakkan pengadil seperti itu untuk perlawanan yang sangat penting.”
“Pengadil tidak boleh gagal dalam menjalankan tugas mereka,” kata Messi selepas perlawanan Argentina vs Belanda.
Messi juga merasakan aksi antara Argentina dan Belanda patut selesai dalam 90 minit namun kegagalan Lahoz mengawal keadaan dan memberikan sepakan percuma tak perlu kepada Belanda membuatkan keputusan terikat 2-2.
Lionel Messi doesn't think referee Mateu Lahoz was up to the task. 👀 pic.twitter.com/z7OHMaZ6jg
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) December 9, 2022
Lebih banyak kritikan dilemparkan ke atas Lahoz. Antaranya daripada penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez. Pada pandangan Martinez, pengadil Mateu Lahoz sangat mahu melihat Belanda menjaringkan gol penyamaan.
“Dia memberakan 10 minit [masa tambahan] tanpa sebab. Dia memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti untuk Belanda, dua atau tiga kali.”
“Dia mahu Belanda menjaringkan gol, pada dasarnya seperti itu. Jadi saya harap kami tidak mempunyai pengadil seperti itu lagi. Dia tidak berguna,” kata Martinez.
Dalam perlawanan Argentina vs Belanda, Lahoz mengeluarkan 15 kad kuning. Messi antara pemain yang mendapat kad kuning.
Messi malah menjaringkan gol kedua selepas Lahoz memberikan penalti kepada pasukannya.
Perlawanan Argentina vs Belanda itu sendiri menjadi sangat panas dan tegang kerana beberapa konfrontasi berlaku antara pemain dari kedua-dua pasukan. Salah satu konfrontasi berlaku apabila Leandro Paredes menendang bola ke arah bangku simpanan Belanda.
Ketegangan juga berlaku dalam penentuan sepakan penalti. Pemain dari kedua-dua pasukan saling memprovokasi. Messi sebelum itu meraikan gol di hadapan Van Gaal tanda dia mengkritik pengurus Belanda itu yang bermain long ball.
Messi berkata: “Dia [Van Gaal] menyeru orang lain agar bermain bola sepak cantik. Namun pasukannya berterusan bermain hantaran lambung.”
Argentina berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Dunia 2022 selepas menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti. Dalam masa biasa dan dua pusingan masa tambahan, perlawanan Argentina vs Belanda berakhir dengan keputusan seri 2-2.