UEFA telah mengesahkan pengadil Jerman Felix Zwayer akan mengadili pertembungan England menentang Belanda.
Ini bermakna Zwayer dan pemain tengah England, Bellingham, yang disiasat dan didenda kerana menyindir pengadil itu korup, akan bertemu semula Rabu ini.
Bellingham sebelum ini disiasat oleh polis Jerman selepas aduan jenayah difailkan terhadapnya atas komennya berikutan kekalahan 3-2 Borussia Dortmund kepada saingan Bayern Munich pada Disember 2021.
“Bagi saya ia bukan [penalti] anda tahu,” kata Bellingham kepada Viaplay Football selepas perlawanan. “Dia [Hummels] langsung tidak melihat bola dan dia berjuang untuk mendapatkannya.
“Bola terkena padanya dan saya tidak fikir dia melihat bola tetapi anda tahu anda boleh melihat banyak keputusan meragukan daripada pengadil dalam permainan.
“Anda memberikan kami pengadil yang pernah terlibat dalam skandal mengatur perlawanan sebelum ini untuk perlawanan terbesar di Jerman — apa yang anda jangkakan?”
BELLINGHAM: – You give a referee that has match fixed before, the biggest game in Germany, what do you expect?
(@JanAageFjortoft) pic.twitter.com/H5yU9hz6PT
— Viaplay Fotball (@ViaplayFotball) December 4, 2021
Bellingham menyindir Zwayer yang ketika itu memiliki reputasi buruk sebagai pengadil korup.
Zwayer berehat selama dua bulan daripada mengendalikan perlawanan selepas perlawanan itu selepas dia membuat keputusan pengadilan yang lemah dalam beberapa insiden. Namun FA Jerman yakin bahawa Zwayer pada masa itu tidak mengambil rasuah.
Pada 2005, pengadil berusia 43 tahun itu digantung enam bulan kerana menerima rasuah €300 daripada pengadil Robert Hoyzer.
Penglibatannya hanya didedahkan 11 tahun kemudian pada 2014 kerana siasatan oleh akhbar Jerman Die Zeit.
Penggantungan Zwyer dikurangkan kepada enam bulan kerana kerjasamanya dalam membantu siasatan dan pendakwaan terhadap Hyzer, yang dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun.
Pengadil kontroversi kembali menjadi pengadil bola sepak dan mengelak daripada didakwa di mahkamah sukan kerana dia sudah menerima pengadilan oleh FA Jerman pada masa itu.
Dan kini Jude Bellingham akan bertemu semula dengan pengadil yang dia pernah ejek sebagai makan suap beberapa tahun yang lalu.
Peminat England di media sosial tidak selesa dengan pemilihan pengadil ini terutama sekali selepas komen yang dibuat Bellingham ke atasnya beberapa tahun lalu.
Mereka juga mempersoalkan bagaiman Felix Zwayer yang pernah disiasat kerana skandal mengatur perlawanan masih boleh menikmati perkerjaan berkelas tinggi seperti mengadili aksi Euro?