Tidak pasti dari mana Jijo Alfonso Pereira menyatakan ada 3 perkara menjatuhkan negara iaitu rasuah, tak menepati masa dan cinggey (awek).
Di tanah Eropah, di negara bernama Italia, bekas pemain kebangsaan mereka Antonio Cassano membuat pengakuan luar biasa menerusi buku autobigorafinya berjudul ‘Dico Tutto’.
Cassano sesuai dengan namanya yang dekat dengan kasanova, memang seorang Cassano-va.
Dia terkenal dengan ketagihan dan kecanduan kepada hubungan seksual dengan wanita. Dan dia mengakui telah meniduri kira kira 700 orang cinggey dan 20 daripadanya adalah selebriti kelas A.
“Saya akan menceritakan semuanya.”
“Saya bertunang empat kali dalam 11 tahun (1997-2008) dan saya mengalami beberapa pengembaraan.”
“Saya tidur dengan 600 hingga 700 wanita hingga usia 25 tahun, 20 daripadanya adalah selebriti dari dunia perniagaan peragaan, “tulis Cassano dalam autobiografinya.
Cassano memang terkenal sebagai pemain bola sepak yang kontroversi dan nakal.
Walaupun mempunyai kualiti yang baik di atas padang. Ini terbukti apabila dalam kariernya beliau mendapat kontrak dengan kelab besar seperti AS Roma, Real Madrid, Inter Milan hingga AC Milan.
Cassano memutuskan untuk menggantung kasut bolanya pada 2017. Beliau pernah bertengkar dengan jurulatihnya di AS Roma, Fabio Capello. Cassano juga mengatakan bahawa detik 18 bulan – dari 2006-2008 – di Real Madrid adalah perkara paling indah dalam hidupnya.
Namun, perkara paling indah yang dimaksudkan bukan kerana penampilannya yang luar biasa di lapangan, tetapi kehidupannya di luar padang.
Pada masa itu dalam pengakuan Cassano, hari-harinya terasa indah kerana mereka hanya hidup dengan wanita dan makanan yang sedap sedap.
Cassano makan makanan tidak sihat setiap hari. Tanpa mengira tentang prestasinya di atas padang.
Antonio Cassano: The self-destructive hothead who bedded 700 women by 25, ate pastries after sex and almost died https://t.co/INcjl37hBU pic.twitter.com/Qh8raam2OO
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 13, 2018
Namun prestasi Cassano di atas padang bersa Los Blancos tidak begitu bagus. Dia hanya menjaringkan empat gol dan tiga assist dari 29 penampilan.
Kemudian dia hilang tempat dalam pasukan Real Madrid. Lalu Cassano bertekad mengubah cara hidupnya.
Seorang wanita bernama Carolina Marcialis hadir dalam hidupnya pada 2008 ketika dia hampir berputus asa dengan kariernya.
Cassano tanpa berlengah menikahi Carolina. Lalu dia melupakan semua tabiat lamanya, kecanduan wanita.
Apa yang berlaku selepas itu, Cassano tidak terlibat dalam kehidupan larut malam. Dia banyak masa di rumah apabila tamat perlawanan ataupun latihan.
Hasilnya pada 2010-2011 Cassano memenangi trofi Liga Itali pertama dalam kariernya. Di mana pada masa itu, Cassano membantu AC Milan menjuarai Liga Itali 2010/2011. Dan itu kekal menjadi skuad milan terakhir memenangi Serie A.
Menamatkan dominasi 5 musim Inter Milan. Dan mereka juga juara terakhir sebelum monopoli Juventus selama 9 musim berturut turut.
Cassano merasa bersyukur kerana menemui insan istimewa dalam hidupnya yang menurutnya membantunya sangat banyak dalam menikmati medal tunggal Serie A dalam kariernya. Itu sangat bermakna untuk seorang bad boy yang berubah.
Pada 2017, Cassano memutuskan untuk bersara.