Pengakuan Jujur Song Dedah Kisah Sertai Barca Kerana Wang

Bekas pemain Arsenal, membuat pengakuan menggemparkan ramai pihak dan membuatkan ramai penyokong Barcelona kecewa.

Ini kerana menurut Song, motivasi beliau ke Barca adalah wang dan bukannya bola sepak. Selepas kelab tersebut sanggup memberikan gaji yang besar dan apa sahaja beliau minta.

Namun pada masa yang sama Barcelona tidak memberikan jaminan kesebelasan utama kepada Alex Song ketika pemain itu menyertai Blaugrana dari Arsenal pada 2012.

Sebelum berpindah ke Barca, Song menikmati salah satu musim terbaik beliau dalam kariernya bersama Arsenal.

Bagus juga Song ni jujur. Dan beliau secara tak langsung mendedahkan ketika itu scouting Barcelona tidak tahu sama ada beliau pemain sesuai dengan mereka atau tak.

Song berkata dalam podcast: “Saya bertemu Pengarah Sukan Barca, dan dia memberitahu saya, bahawa saya tak akan dapat bermain banyak perlawanan.”

“Tapi saya tidak memberikan persetubuhan [give a f*] – tidak peduli – kerana saya tahu saya bakal menjadi jutawan dengan menyertai mereka.”

“Ketika Barca menawarkan saya kontrak, saya tengok jumlah gaji mereka tawarkan, sudah cukup, saya tak fikir panjang, terus sign.”

“Sukar nak tolak tawaran sebesar itu.”

Karier Song di Barca malap. Hanya bermain 39 aksi. Dan kembali semula secara pinjaman bersama West Ham dari 2014-2016.

Song terus gagal mendapatkan semula reputasinya selepas menjadi jutawan baharu.

Song juga berkongsi cerita dia nak kereta sama dengan Thierry Henry. Namun selepas itu menjualnya balik hanya selepas dua bulan kerana kuat makan minyak. Kau tengok, jutawan pun tak tahan isi minyak selalu.

“Saya pergi ke latihan dan melihat Thierry Henry –  King pula tiba di pusat latihan dengan kereta yang sangat cantik.”

“Saya pun cari kereta itu. Saya cakap kepada diri sendiri, saya nak kereta itu walau apa sekalipun harganya. Saya cari ejen kereta dan mereka menguruskannya. Saya pun dapat kereta yang sama macam King.”

“Namun saya tak tahan dengan kereta tu. Dua bulan je saya pakai. Wang saya habis digunakan isi minyak. Saya beritahu mereka, berikan saya Toyota. Kerata ni menyusahkan saya.”

“Hari berikutnya, Henry tanya saya: ‘Mana kereta mung Song?’. Saya kata kepada King, kereta tu terlalu tinggi level untuk orang macam saya.”

Song juga mendedahkan gaji beliau ketika mulai menyertai Arsenal.

“Ketika pertama kali saya sertai Arsenal, saya dapat £15,000 seminggu. Saya muda lagi masa tu, dan sangat teruja. Saya nak berdamping dengan mereka yang otai. Saya nak shopping di mana sahaja termasuk Jekel dan keluar ke kelab malam penuh kegilaan.”

Song mengakui karier terbaiknya adalah di EPL.