Jurulatih Itali, Roberto Mancini pada awalnya membuatkan penyokong Itali risau ketika menukar Donnarumma aka Zizan Itali dengan Salvatore Sirigu.
Prestasi cemerlang Donnarumma di gawang Itali sejak mengendalikan tugasan itu membuatkan peminat risau kalau kalau pemain itu cedera.
Namun selepas itu Mancini mendedahkan alasan pertukaran itu yang membuatkan ramai memberikan tabik hormat kepada pengendali skuad Itali itu.
Mancini menggantikan penjaga gol utama Gianluigi Donnarumma dengan Salvatore Sirigu pada minit ke-89 pertembungan mereka menentang Wales.
Azzuri sudah layak ke peringkat 16 terakhir di Euro 2020, dan mendahului Wales 1-0 pada ketika itu.
Mancini kemudiannya menyatakan dia memasukkan Sirigu kerana pengalaman peritnya pada beberapa dekad yang lalu.
Di mana Mancini ketika itu dipanggil mewakili Itali untuk bermain dalam Piala Dunia 1990. Malang sekali Mancini tidak merasai langsung rumput Piala Dunia pada ketika itu dan seterusnya di dalam keriernya.
Nicky Bandini melaporkan bahawa Mancini menganggap ianya satu keperitan yang dialaminya sebagai seorang pemain.
Mancini sentiasa meletakkan pasukan sebagai keutamannya. Namun beliau melihat kalau ada peluang pemain seperti Sirigu dimasukkan, maka beliau akan melakukannya.
Kedudukan ketika menentang Wales itu merupakan peluang terbaik untuk pertukaran penjaga gol. Mancini mahu bekas penjaga gol PSG itu tidak mengalami peristiwa yang dialaminya dahulu.
Di mana Mancini masih menganggap pengalaman itu sebagai kekesalan terbesar di dalam karierntya.
Mancini even sending Sirigu on for a few minutes in goal. His approach with this squad speaks to his own regrets as a footballer. Went to a World Cup in 1990 and didn't play. Says it's still his greatest regret that he never got to play in one.
— Nicky Bandini (@NickyBandini) June 20, 2021
Mancini turut sudah memberikan Gaetano Castrovilli, Francesco Acerbi dan Giacomo Raspadori – semuanya mendapat minit perlawanan pertama mereka di pentas major.
Itu bermakna hanya penjaga gol pilihan ketiga – Alex Meret sahaja yang masih belum bermain. Mungkin Mancini melihat Meret masih ada peluang di masa akan datang berbanding Sirigu yang sudah menghampiri persaraannya.
Meret mungkin juga akan diberikan minit dalam aksi akan datang, siapa tahu?
Mancini berkata: “Hari ini, para pemain menunjukkan bahawa merekas semua pemain kesebelasan utama. Ini adalah permainan yang kami mahu menang walaupun tidak wajib menang, tetapi berjaya.”
“Itu adalah berkaitan dengan mentaliti pemain, itu tidak mudah.”
“Pemain pemain ini semuanya bijak, dan mereka mahu menang setiap perlawanan dan mereka ada mentaliti yang bagus.”
“Saya juga sangat gembira kerana ini kerana kami menukar lapan pemain dan kami bermain permainan yang sangat baik.”
“Identiti tetap sama dan saya rasa itu penting.”
“Saya mengatakan bahawa menukar beberapa pemain tidak akan mengubah apa-apa [corak permainan Itali] kerana semua orang tahu apa yang harus mereka lakukan, dan produk itu tidak berubah.