Penganalisis Ini Dedah Keuntungan Luar Biasa EA Sports Daripada Ultimate Team

Ultimate Team ketika ini merupakan permainan yang paling popular dalam FIFA.

Ianya diperkenalkan pertama kali pada FIFA 09, dan kini telah menjadi salah satu ketagihan di kalangan peminat permainan bola sepak FIFA.

Ultimate Team adalah satu mod permainan di mana anda boleh memiliki pemain bintang idaman anda untuk didaftarkan dalam pasukan dan korang boleh membeli pek pemain dengan melabur wang anda.

Membeli pemain menggunakan wang korang sendiri akan memberikan korang kelebihan untuk memiliki pemain bintang yang lebih bagus.

Oleh sebab itu berjuta juta orang pemain Ultimate Team telah membeli pek yang ditawarkan oleh EA Sports.

Ini telah membuatkan EA Sports menjana keuntungan yang luar biasa banyaknya.

Daniel Ahmad, Senior Analyst di Niko Partners, telah memuat naik satu tweet yang menyatakan berapa jumlah keuntungan diraih FIFA menerusi Ultimate Team sejak 2015.

Dan angkanya sangat luar biasa, sangat tinggi, serta membuatkan anda seolah olah tidak percaya.

Sejak 2015, EA Sports telah menjana keuntungan sebanyak lebih $6 billion hanya daripada penjualan pek Ultimate Team.

Sejak 2018, FIFA telah menjana keuntungan bersih lebih daripada $1 billion daripada Ultimate team ini.

Dan angka itu menunjukkan pattern graf yang terus meningkat naik dari tahun ke tahun yang lain.

Berikut adalah senarai wang yang dijana oleh EA Sports menerusi FIFA Ultimate Team.

  • FY 2020: $1.49bn
  • FY 2019: $1.37bn
  • FY 2018: $1.18bn
  • FY 2017: $775m
  • FY 2016: $660m
  • FY 2015: $587m

Adakah korang salah seorang daripada mereka yang mengkaya-rayakan EA Sports dengan Ultimate Team?

EA Sports terus berusaha untuk menghasilkan permainan bola sepak FIFA yang disukai ramai. Sejak beberapa tahun ini pesaing mereka iaitu Pro Evo telah menunjukkan peningkatan yang sangat mendadak terutama sekali dalam pelesenan kelab yang besar seperti Juventus, Bayern Munich dan sebagainya.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari