Pengantin Lelaki Setelkan 2 Perlawanan Football Manager Dulu, Sambil Isterinya Menunggu

Salah satu daripada hari dalam hidup manusia yang berharga adalah hari perkahwinan.

Di mana ianya akan menjadi hari yang akan diingati buat selama lamanya. Itulah hari penting dan di Malaysia, ada istilah raja sehari.

Oleh itu, pada hari itu biasanya pengantin memang akan bersama sama di majlis.

Namun untuk seorang brader ni, peminat tegar Football Manager, hari itu tidak akan mampu menggantikan betapa pentingnya misi di FM.

Football Manager adalah siri simulasi pengurusan bola sepak – di mana para pemainnya akan menguruskan pasukan dan membimbing mereka menuju kejayaan.

Ia antara antara permainan video yang memberikan ketagihan.

Lelaki bernama Burak dari Turki membawa obsesi Football Manager ke tahap yang baru.

Ini apabila dia membawa komputer riba ke majlis perkahwinannya sendiri dan mula bermain FM.. sementara isterinya – pengantin perempuan – duduk menunggu di sebelahnya.

Jelas sekali daripada gambar ini, isterinya agak menyampah dan terpaksa menunggu suaminya menamatkan permainannya.

Dilaporkan, Burak telah merancang untuk membawa komputer riba itu ke majlis perkahwinannya agar dia dapat memainkan ‘video khas’ untuk pengantinnya.

Namun, masalah teknikal di tempat tersebut menyebabkan ada kelewatan dalam proses perkahwinan.

Lelaki berusia 28 tahun itu melihat ini sebagai peluang untuk meluangkan masa sekejap di ‘pejabat’ Trabzonspor di dalam dunia FM.

Pasukan beliau sudah memenangi enam gelaran Süper Lig berturut-turut.

Bercakap dengan SPORTbible mengenai bermain permainan FM itu di majlis perkahwinannya dan gambar-gambar viral dia berkata:

“Pada dasarnya saya membawa komputer saya ke majlis perkahwinan untuk saya memindahkan video khas mengenai kisah hubungan kami.”

“Ukuran video itu sangat besar. ”

“Dan kerana saya tidak tahu cara nak memindahkan klip itu kepada pihak penganjur perkahwinan kami, saya fikir penyelesaian terbaik adalah dengan membawa komputer.”

“Saya serahkan kepada mereka cara terbaik untuk memindahkannya.”

Masalah teknikal di majlis perkahwinan bukanlah kejadian yang pelik. Itu yang sedang berlaku kepada mereka dan membuatkan mereka perlu menunggu sebentar.

“Seseorang dari penganjur majlis memberitahu kami, ‘cuma ada 30 minit lagi!'”

“Jadi setelah pengumuman itu, saya membuka komputer riba saya dan dengan ‘bergurau’ saya memberitahu isteri saya, saya nak bermain game Football Manager, ” tambah Burak lagi.

“Maksud saya, kalau dia tau saya sebenarnya tak bergura, isteri saya boleh merosakkan komputer riba saya.”

“Saya bermain satu permainan pertandingan piala, satu permainan liga dan selepas selesai, kemudian mematikan komputer saya,” katanya lagi.

Mereka berdua kemudian kembali fokus kepada majlis perkahwinan mereka.

Baca yang lain