Pengantin Lelaki Tayang Video Curang Bakal Isteri Di Majlis Perkahwinan

Satu video telah tular di media sosial di mana seorang pengantin lelaki telah mengkantoikan si pengantin perempuan dalam majlis perkahwinan mereka dengan cara yang mengejutkan ramai.

Kejadian tersebut berlaku di China. Di mana pengantin lelaki awalnya kelihatan seperti tidak tahu dengan kecurangan perempuan itu.

Mereka melalui hari perkahwinan seperti biasa dan menikmati detik tersebut.

Namun apabila tiba slot memainkan video khas sempena perkahwinan, satu video aksi terlampau ditayangkan pada paparan layar besar di dalam dewan tempat berlangsungnya majlis pernikahan mereka.

Seluruh hadirin di situ terkejut dan tergamam melihat video yang sedang mereka tonton.

Si perempuan bercumbuan dan berasmara dengan bakal adik iparnya / biras kepada pengantin lelaki di rumah yang bakal mereka duduki.

Lelaki itu kemudian berkata: “Kau ingat aku tak tau ke betina?”

Perempuan itu marah dan membaling kuntuman bunga di tangannya ke arah lelaki itu.

Keluarga kedua – dua belah pihak benar – benar sangat terkejut dengan drama serupa itu berlaku pada hari itu.

Lelaki itu mendapat tahu perbuatan tidak beretika tunangnya itu sudah lama dengan suami kepada adik perempuannya. Ketika itu adik perempuannya pula sedang hamil.

Tak pastilah sama ada adik perempuan dia pun lama juga dah tahu perkara ini. Jika adik perempuan dia belum tahu akan hal itu, lagi dia terkejut melihat asmaradana di antara bakal kakak iparnya itu.

Majlis perkahwinan itu berlaku di Fujian, China pada Khamis lalu.

Menurut Daily Mail, perempuan itu sudah menjalin hubungan dengan adik ipar lelaki tersebut selama dua tahun lamanya. Dan pertunangan mereka pula cuma 6 bulan.

Daily Mail turut menyatakan perempuan itu tak tahu bahawa rumah baharu yang dibeli bakal suaminya sudah dipasang kamera keselamatan / cctv. Sebab tu dia selamba jer berbuat begitu.

Perempuan tersebut dikatakan hanya mahu berkahwin dengan lelaki itu kerana mahukan rumah dan juga kereta.

Namun kini segalanya sudah musnah dan perempuan itu tak dapat apa pun sekarang.

Kenalah cari mangsa baru kan?

Baca yang lain