Pengarah Bola Sepak Baru Bulgaria: “Hanya Pemain Kulit Putih Sahaja Boleh Wakili Bulgaria”

Bulgaria baru melantik Pengarah Bola Sepak yang baharu untuk pasukan kebangsaan mereka iaitu Georgi Ivanov.

Dan dalam sidang media pertamanya, dia mengejutkan seluruh dunia apabila dia tidak menerima pemain yang tidak berkukit putih dalam pasukan Bulgaria.

Dia hanya mahukan kulit putih sahaja bermain untuk negara Eropah itu. Dalam erti kata lain, pemain berkulit hitam sudah pastinya tidak akan diberikan peluang lagi mewakili negara tersebut.

Bulgaria ketika ini diuruskan oleh Mladen Krastaic.

Dia diminta tidak sesekali memanggil pemain yang bukan berkulit putih untuk pemain yang dia mahukan secara naturalisasi.

Arahan ini berkuat kuasa serta merta daripada Ivanov yang dikenali dengan panggolan Gonzo. Ianya diwartakan sebagai peraturan baharu untuk Persatuan Bola Sepak Bulgaria (BFS) selagi lagi Ivanov menjadi pengarah bola sepak.

Dia berkata: “Hanya rakyat Bulgaria sahaja yang berhak bermain untuk negara ini, Selagi lagi saya menjadi pengarah bola sepak pasukan kebangsaan ini, pemain dari luar, pemegang pasport asing, yang tidak sama kulit dengan negara kami tidak akan sesekali bermain untuk negara kami.”

“Jangan mimpi dan jangan berharap! Saya tidak mahu bakat dari negara lain merampas hak rakyat negara ini bermain untuk pasukan kebangsaan.”

Kenyataan Ivanov itu membuatkan ramai mengecamnya. Menuduh dia rasis. Dasar itu juga dikatakan bertentangan dengan kempen FIFA yang diberikan nama RESPECT dilancarkan sejak sekian lama iaitu pada 2008 lagi.

Pada ketika ini sangat ramai pemain bukan berdarah Eropah mewakili negara negara Eropah. Sebelum ini Bulgaria sendiri pernah diwakili pemain pemain dari Serbia, Brazil, Croatia dan beberapa negara lagi.

Kali terakhir Bulgaria bermain dalam kejohanan besar adalah pada Euro 2004 di Portugal. Pada masa itu mereka diwakili 3 pemain yang lahir di Yugoslavia – Predrag Pazhin, Zlatomir Zargorcic dan Zoran Yankovic .

Ketika ini pengurus pasukan kebangsaan adalah orang Serbia. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Bulgaria telah dikenakan hukuman kerana rasisme.

Ivanov turut memberikan komen tentang pembatalan perlawanan persahabatan antara Levski Sofia dengan kelab dari Rusia pada pra musim. Ini selepas ianya mendapat banyak tentangan daripada peminat di Bulgaria sebagai bantahan ke atas serangan oleh Rusia ke atas Ukraine.

Dia ternyata tidak gembira dengan pembatalan tersebut. Sebelum ini pernah menjadi pemain, pengurus dan pengarah teknikal di Levski Sofia.

Negara dan kelab dari Rusia digantung oleh UEFA dan FIFA daripada beraksi dalam kejohanan di bawah naungan mereka sejak pencerobohan itu.

“Peminat tidak boleh menentukan dengan siapa pasukan mereka harus bermain. Ini agak tidak profesional,” kata Ivanov.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi